Sinopsis Drama Gemersik Kalbu Slot Akasia TV3 | Adaptasi Novel Terkenal

Dah lama rasanya aku tak tulis pasal Sinopsis Drama Slot Akasia TV3 nie. Dah kebetulan drama Tentang Dhia dah nak habis. Jadi kat sini aku kongsikan sinopsis untuk drama yang akan datang berjudul Gemersik Kalbu yang akan mengantikan drama Tentang Dhia.

Sinopsis Gemersik Kalbu Slot Akasia TV3

Untuk yang belum tahu, Drama Gemersik Kalbu ini sebenarnya diadaptasikan dari novel terkenal yang ditulis oleh Anis Ayuni berjudul Gemersik Kalbu. Salah satu novel cinta yang terlaris jualannya pada tahun 2005. Jadi oleh kerana kepopularannya Novel Cinta ini hingga hari ini. Satu satu drama bersiri sebanyak 26 episod telah dihasilkan dan akan mula ditayangkan pada 26 Disember 2011.

Pelakon² hebat yang menjayakan drama bersiri Gemersik Kalbu ini terdiri dari Ayu Raudah, Aqasha, Neelofa, Faradhiya dan diarahkan oleh Feroz Kader.

Sinopsis Drama Gemersik Kalbu
Raihana… pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya… bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!

Sufian… cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah… semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!

Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Di manakah titik pertemuan mereka?

Anastasyea : Kalau ada Video Official untuk Drama Gemersik Kalbu, nanti aku upload kat sini .. =)

5 comments :

  1. xsbr nak tggu drama ni..suka sgt2...

    ReplyDelete
  2. Wahh ko layan ttg dhia x? Pasni Akak layan citer ni lah dik ;)

    ReplyDelete
  3. semua nak adaptasi dari novel dah skang...apaun layan...asal best

    ReplyDelete