Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2012 boleh dibuat mulai 14 Disember 2011 hingga 5 Januari 2012. Sekiranya permohonan anda tidak berjaya. Anda boleh mengemukakan rayuan dengan menggunakan aplikasi E-Rayuan seperti yang disediakan.
Cara² Untuk Menyemak Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2012
1. Layari website Kementerian Pelajaran Malaysia
2. Masukkan Angka Giliran UPSR 2011 dan Klik Butang Semakan.
3. Keyataan samada permohonan anda telah berjaya ataupn sebaliknya kemudiannya dipaparkan.
4. Sekiranya berjaya, print keputusan tersebut untuk simpanan dan rujukkan semasa pendaftaran Sekolah Berasrama Penuh tahun 2012 nanti
Cara² untuk membuat rayuan menerusi e-Rayuan
1. Sila layari website e-Rayuan Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2012 Kementerian Pelajaran Malaysia
2. Masukkan Angka Giliran UPSR 2011 anda dan ikuti arahan seterusnya.
3. Tarikh tutup e-Rayuan Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2012 Kementerian Pelajaran Malaysia akan ditutup pada 5 Januari 2011
Anastasyea : Semoga berjaya memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) .. =)

