Semakan Keputusan PMR 2011 Melalui SMS dan Online

Desas desus khabar angin tentang pengumuman keputusan PMR 2011, makin hari semakin panas. Terbaru yang aku dengar, keputusan PMR 2011 kemungkinan akan diumumkan pada minggu ketiga iaitu pada 22 atau 23 Disember 2011. Namun, aku tak pasti sejauh mana kebenaran tentang keputusan tersebut.

Semakan Keputusan PMR 2011 Melalui SMS dan Online

Kalau difikiran secara logik. Memang tarikh tersebut merupakan tarikh yang sinonim bagi Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan keputusan PMR. Contohnya; Keputusan PMR bagi tahun 2009 diumumkan pada 24 Dis (Khamis) dan keputusan PMR bagi tahun 2010, diumumkan pada 23 Dis (Khamis). Untuk PMR 2011. Aku tak pasti. Apa² pun tunggu je keputusan tarikh rasmi dari Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bagi adik² yang gelisah menunggu keputusan rasmi PMR 2011. Harap banyak² bersabar. Memang penantian itu adalah suatu penyiksaan. Aku pun pernah rasai perasaan ini dulu. Siang malam tak tenang terutamanya ketika tarikh keputusan PMR telah diumumkan. Lagi la bertambah gelisah !

Keputusan PMR yang baik, memang la merupakan penentuan untuk memasuki Sekolah Menengah Sains dan MRSM. Akan tetapi sekiranya keputusan tersebut diluar jangkaan. Jangan la bersedih. Kita kena redha dan teruskan perjuangan sehingga berjaya .. ok !

Bagi adik² yang tak sabar² untuk mengetahui keputusan PMR 2011 nanti. Apa kata cuba semak keputusan PMR 2011 secara SMS dahulu sebelum keluar rumah. Perlu diingat semakan keputusan PMR 2011 ini hanya boleh dibuat selepas Kementerian Pendidikan Malaysia membuat pengumuman. Kalau adik² cuba jugak sebelum itu. Memang conform la tak dapat. Selain itu, adik² juga boleh mencuba menyemak menggunakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) ini. Yang ini lagi senang !

Bagi yang ingin menyemak keputusan PMR 2011 melalui SMS. Ikuti cara² yang tertera dibawah;

Taip PMR ANGKA GILIRAN dan hantarkan ke 15888
Contoh : PMR PK030L074

Anastasyea : Kepada adik² yang ingin mengambil keputusan peperiksaan PMR 2011. Aku doakan semoga berjaya !

2 comments :