Masuk Percuma Ke Planetarium Negara

Dah tengok ke harga baru untuk mengunjungi galeri pameran Planetarium Negara ? Kalau korang nak tahu, mulai 1 Jan 2012 ini, orang ramai yang ingin menggunjungi galeri pameran Planetarium Negara tidak lagi akan dikenakan sebarang bayaran. Sebelum ini, kalau nak masuk galeri pameran kena RM1 seorang bagi dewasa. Kanak² je yang percuma. Tapi mulai tahun 2012. Harga tiket galeri pameran percuma untuk semua !

Harga Tiket Baru Planetarium Negara

Jadi kepada yang merancang untuk membuat lawatan ke sekitar Kuala Lumpur nanti. Apa kata singgah sebentar di Planetarium Negara. Tempatnya memang menarik dan strategik. Dekat dengan Muzium Negara, Memorial Tengku Abdul Razak, Taman Burung dan lain² lagi.

Dulu pun, aku selalu gak singgah kat sini terutama hujung minggu. Lepas jalan² kat kawasan Tasik Perdana. Singgah sekejap kat Planetarium Negara. Kat sini memang banyak info. Kira memang bagus la untuk pendedahan kepada kanak² dan kepada semua yang ingin mengenali dengan lebih dekat tentang bidang astronomi dan sains angkasa.

Selain galeri pameran, kat sini korang juga boleh menyaksikan Pertunjukan Planetarium. Harga tu, korang boleh rujuk jadual yang aku sertakan kat atas.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal harga dan tayangan yang disediakan. Korang boleh layari laman sesawang Planetarium Negara, www.angkasa.gov.my/planetarium/ Kat situ ada butiran terkini mengenai jadual ini. Kalau korang nak call pun boleh. Nanti hubungi 03-2273 4303/5484.

Anastasyea : Dapat masuk percuma .. siapa yang tak nak ?

1 comment :