I-Akaun KWSP Semak Penyata Secara Online

Masih ingat lagi aku bagaimana pertama kali menyemak Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tahun terkini melalui Kios dekat Menara KWSP Kuala Lumpur, lima enam tahun yang lepas. Sebelum tu memang aku tak pernah semak pun. Yang tahu, tiap tahun pasti akan dapat penyata KWSP. Itu je ! (duit KWSP masa aku kerja part-time dulu. Ciput je !)


i akaun kwsp malaysia semak penyata online



Jadi dah kebetulan, abang nak semak penyata KWSP. Aku pun turut sama semak. Masa tu memang aku kagum betul dengan kecanggihan teknologi mesin kios KWSP tu. Hanya perlu scan menggunakan MyKad dan cap ibu jari, dah boleh dapat Penyata KWSP tahun terkini.


Yang terkini pula ! Ehh .. bukan terkini. Sebenarnya sistem Online nie memang dah lama dah. Agak², mungkin dalam setahun dua yang lepas. Cuma ramai yang masih tak tahu bahawa KWSP mempunyai sistem sebegini yang membenarkan ahli / majikan KWSP untuk menyemak, mengemaskini dan lain² lagi secara ONLINE.


Untuk yang tak tahu. Mengemaskini I-Akaun KWSP ini memang mudah dan ianya amat penting untuk mengelakkan orang tersayang menderita jika ahli KWSP tersebut meninggal dunia. Cuba anda bayangkan bagaimana perasaan dan kesusahan yang akan diterima pewaris sekiranya apa yang sepatutnya menjadi milik mereka, tidak boleh dipindahmilik ekoran kes sebegini.


Tentu masa tu, mereka terpaksa bersusah payah naik turun mahkamah untuk mendapatkan apa yang sepatutnya menjadi hak milik mereka! Kes sebegini semenangnya bukan mudah dan kadang kala mengambil masa bertahun².


Jadi untuk mengelak perkara sebegitu berlaku. KWSP menggalakkan ahli / majikan untuk menggunakan I-Akaun KWSP, bagi membolehkan mereka mengemaskini penamaan mereka dan lain² lagi apabila berlaku perubahan seperti berkahwin, penceraian atau kelahiran anak.


Selain itu, i-Akaun KWSP juga adalah antara akaun online peribadi untuk ahli / majikan menjalankan transaksi melalui laman web myEPF dengan selamat.


i akaun kwsp malaysia online
Ini la rupa paparan website online i-akaun KWSP Malaysia

Selain mengemaskini dan menyemak maklumat, ahli / majikan KWSP juga boleh mengakses butiran² berikut;

Ahli boleh:
  • Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
  • Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
  • Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
  • Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
  • Menyemak log aktiviti i-Akaun
  • Menyemak aktiviti transaksi KWSP terkini

Majikan boleh:
  • Mengakses, mengedit dan mencetak Borang A
  • Mengakses Borang A: Arkib caruman dikreditkan
  • Menyemak nombor KWSP pekerja
  • Mendaftar ahli baru KWSP
  • Menyemak Caruman Tanpa Maklumat Lengkap (CTML)
  • Mengakses kalkulator syer dividen bagi majikan Kerajaan
  • Menyemak log aktiviti i-Akaun
  • Menyemak aktiviti transaksi KWSP terkini

Syarat² Kelayakan untuk Mendaftar i-Akaun KWSP
br /> Setiap ahli KWSP yang mempunyai MyKad, layak untuk mendaftar i-Akaun KWSP. Bagi majikan pula, sebarang perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Perniagaan Malaysia (ROB), dan yang mempunyai nombor KWSP yang sah. Juga layak untuk mendaftar i-Akaun KWSP ini.


Untuk mendaftar I-Akaun KWSP, sila ikuti langkah² yang disediakan di bawah bagi akaun ahli dan majikan;

PENTING: Sekiranya anda telah mendaftar i-Akaun, tetapi masih belum mengaktifkan i-Akaun. Sila klik pada Login Kali Pertama. Sekiranya anda adalah pengguna sedia ada, sila klik pada Login Ke i-Akaun.


Ahli
Lawati mana² Kios KWSP ataupun Pejabat KWSP untuk mendapatkan Kod Pengaktifan anda. Selepas itu, klik pada Login Kali Pertama di laman web KWSP dalam tempoh 90 hari dari hari memperolehi kod pengaktifan tersebut untuk mengaktifkan i-Akaun KWSP.


Majikan
Sila Daftar i-Akaun untuk Majikan di laman web KWSP. Selepas itu, anda akan menerima satu emel atau surat pemberitahuan untuk mengambil Kod Pengaktifan tersebut di Pejabat KWSP yang dipilih sewaktu pendaftaran dilakukan.


Kunjungi Pejabat KWSP yang dinyatakan dengan membawa bersama salinan emel atau surat notifikasi tersebut serta dokumen yang dinyatakan untuk tujuan pengesahan.


Selepas memperolehi Kod Pengaktifan tersebut, sila layari laman web KWSP dalam tempoh 90 hari untuk mengaktifkan i-Akaun anda. Seterusnya, klik pada Login Kali Pertama di laman web KWSP dan masukkan Kod Pengaktifan yang telah diambil dari Pejabat KWSP utnuk mengaktifkannya.

- Dengan sistem online I-Akaun KWSP ini. Untuk mendapat, mengemaskini maklumat dan semakan penyata KWSP akan menjadi lebi mudah.


5 comments :

  1. Sekarang zaman IT, semua serba serbi di hujung jariku!
    Dh lama guna i-KWSP ni, sejak dia diperkenalkan dulu.

    ReplyDelete
  2. e'in pun baru tahu leh check on9.. thanks!

    ReplyDelete
  3. Betul tu, saya mmg akan mntk client sy daftar i-akaun. Senang nk semak dan buat kira-kira berapa yg blh keluar dari akaun 1 masuk unit amanah..:)

    ReplyDelete