E-Tukar Hakmilik Sementara Sukarela Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Mulai Januari 2012 ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperkenalkan satu perkhidmatan baru yang terdiri dari 2 fasa iaitu E-Tukar Hakmilik Sementara dan E-Tukar Hakmilik Sukarela menerusi penyedia perkhidmatan e-kerajaan Malaysia, MY E.G. Services (MyEG) Bhd. Sehubungan itu, perkhidmatan ini dijangka dapat memastikan penyelesaian sepenuhnya proses pindah hak milik kenderaan kepada syarikat kereta terpakai mahupun kepada pembeli lain.

ETukar Hakmilik Sementara Sukarela JPJ

Seperti mana yang anda ketahui, sebelum ini proses untuk menjual kenderaan kepada syarikat kereta terpakai (contohnya, tread-in kereta), mempunyai banyak masalah sehinggakan menyebabkan pemilik asal menanggung segala permasalahan. Antaranya seperti pertukaran nama pemilik tidak akan dilakukan sehinggalah kenderaan tersebut telah dibeli oleh pemilik lain, pemalsuan dokumen untuk membuat pinjaman bank, ansuran bayaran tidak dijelaskan, saman dan sebagainya.

Jadi dengan wujudnya 2 fasa ini. Pemilik kenderaan boleh la menarik nafas lega dan memastikan segala proses pemindahan hak milik berjalan dengan lancar menerusi fasa² berikut;

Fasa E-Tukar Hakmilik Sementara adalah fasa dimana hak milik kenderaan (secara sementara) ditukarkan kepada peniaga kereta terpakai sehinggalah dibeli oleh pemilik lain.

Fasa E-Tukar Hakmilik Sukarela adalah fasa dimana hak milik dipindahkan terus kepada pembeli.

Bagi yang ingin menggunakan perkhidmatan ini. Anda bolehlah melayari laman web yang tertera dibawah mulai Januari 2012. Caj perkhidmatan sebanyak RM25 dikenakan bagi setiap proses pindahan hak milik ..


Anastasyea : Bila ada perkhdimatan macam ni, senang la sikit sesiapa nak tread-in untuk beli kereta baru. Tak la senang² ditipu oleh sindiket ataupun syarikat kereta terpakai ..

1 comment :

  1. salam..
    ermm..tetiba teringat saman..
    ada tak yang sangkut nih..he he


    www.zulkbo.com

    ReplyDelete