Maksud 'isi rumah yang mempunyai berpendapatan bulanan kurang daripada RM3000' ialah jumlah keseluruhan hasil pendapatan bulanan ke semua ahli² di dalam rumah tersebut adalah tidak melebihi RM 3000. Jadi sekiranya, kurang dari RM3000. Keluarga tersebut layak untuk memohon bantuan kewangan isi rumah RM500 melalui borang pemohonan yang disediakan.
Borang kewangan isi rumah RM500 ini akan mula dikeluarkan mulai bulan Disember 2011 oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Borang tersebut boleh diperoleh di semua pejabat agensi berkenaan ataupun muat turun (download) menerusi website LHDN ataupun di dalam akhbar² tempatan.
Selain itu, LHDN juga turut mengguna pakai sistem pangkalan data e-Kasih, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan maklumat rakyat yang benar² layak untuk menerima bantuan tersebut. Bagi yang telah mendaftar denganpangkalan data e-kasih ini. Saya rasa tentu tak payah nak isi borang bantuan kewangan isi rumah ini. Sebab semenangnya memerlukan bantuan tersebut. Apa² pun, sila rujuk kepada pegawai² JKM untuk makluman lanjut.
Panduan Pemohonan Bantuan Kewangan Isi Rumah RM500 Bagi Keluarga Pendapatan RM3000 dan ke bawah
1. Dapatkan borang bantuan isi rumah mulai Disember 2011 menerusi;
* muat turun (Download online) dari Website LHDN
* Pejabat² LHDN berdekatan
* Disiarkan di akhbar² tempatan
2. Isi borang bantuan tersebut dan hantar ke pejabat LHDN yang berdekatan.
3. LHDN akan membuat semakan samada pemohon tersebut benar² layak untuk menerima bantuan isi rumah RM500 tersebut. (Harap² pegawai LHDN akan turun padang untuk membuat semakan. Kalau harap kat sistem je. Sah² banyak yang tak betul.)
4. LHDN akan mengeluarkan surat jawapan samada permohonan tersebut berjaya atau tidak.
5. Wang bantuan isi rumah RM500 akan dimasukkan (kredit) ke dalam akaun bank pemohon mulai Januari 2012
Cara² (option) lain;
* Daftar dengan E-kasih, Jabatan Kebajikan Masyarakat secara Online
Anastasyea : Bagi yang masih tak berapa pasti bagaimana nak mengisi borang bantuan isi rumah RM500 ini, sila dapatkan bantuan dari kakitangan pejabat LDHN berdekatan.



mohon izin ambil tampal di blog saye yer..;)
ReplyDelete@harrazdani : Boleh je .. (",)
ReplyDeletedah lama isi e-kasih tu..harap2 layak
ReplyDeletesalam kenal...
ReplyDeleteinfo yg berguna...
nak share yer...
sis.. mintak share ek....
ReplyDeletesaya telah memohon ekasih dan telah di pantau tetapi ditolak gaji saya hanya 400 adakah tidak layak.pihak pemantau tidak bertanya terus saja mengambil gambar dalam rumah sedangkan kami hanya menyewa rumah sepupu.macam mana kriteria supaya permohonan lulus
ReplyDelete