Kalau nak tolong Semak Saman PDRM & JPJ untuk kawan², sedara mara, dan ahli keluarga yang lain pun boleh juga. Hanya perlu dapatkan nombor kad pengenalan dan nombor pendaftaran kenderaan mereka, dan seterusnya anda boleh semak saman trafik dengan cara² ini.
Untuk semak saman trafik online, sila gunakan sistem ini;
1. Sistem Semakan Online (SSO) - Merupakan Sistem Semakan Online yang dibangunkan oleh PDRM untuk memudahkan pengguna menyemak status perkhidmatan secara efektif dan efisien. Melalui aplikasi ini, pengguna boleh membuat Semakan Status Keputusan Repot Polis, Status Saman Trafik, Status Pengambilan Jawatan PDRM dan Status Permohonan Lesen Am secara atas talian.
2. Myeg.com.my - Boleh semak saman trafik PDRM dan JPJ, serta boleh membuat pembayaran secara ONLINE. Untuk menggunakan sistem ini, anda perlu mendaftar terlebih dahulu.
3. Rilek.com.my - Sama seperti Myeg.com.my
Semak Saman Trafik PDRM melalui SMS;
Cara Pertama,
Taip POLIS SAMAN [Nombor Kad Pengenalan] hantar kepada 32728
contohnya;
Sekiranya anda mempunyai lebih dari satu saman dan ingin mendapatkan maklumat lebih detail, sila taip sms berikut;
Kalau inginkan maklumat itu dihantar ke email anda, sila guna cara ini;
POLIS SAMAN [Nombor Pendaftaran Kenderaan] [Email] hantar kepada 32728
contohnya;
Cara Kedua;
Menggunakan SMS 15888; Cara²nya, dengan menaip;
POLIS SAMAN [Nombor Kad Pengenalan] atau [Nombor Pendaftaran Kenderaan] dan hantar ke 15888
Contohnya :
Lepas dah semak saman trafik. Sekiranya ada. Tentu anda nak tahu, bagaimana tempoh pembayaran dikenakan bagi kadar kompaun baru, sila lihat ini, Kadar Kompaun Baru Kesalahan Lalulintas | More You Delay, The More You Pay
- Sekarang, kalau nak semak saman trafik memang mudah berbanding dulu ..
