Bersesuaian dengan slogan
“Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan".
Pembentangan Bajet 2012 yang akan dibentang pada 7 Oktober, 2011 ini oleh Perdana Menteri kita
Datuk Seri Najib Tun Razak, dilihat akan dapat membantu menangani kesulitan yang dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah termasuklah membantu dan melindungi mereka jika berlaku kemelesetan
ekonomi dunia dan kenaikan kos serta harga barangan. Antaranya yang akan dijalankan termasuklah dengan memperlbagaikan aktiviti untuk membantu golongan berkenaan seperti
bantuan kewangan, subsidi dan insentif, bantuan latihan dan kemahiran, perkhidmatan kesihatan dan perumahan.
Pada pandangan aku, memperbagaikan aktiviti untuk membantu golongan berpendapatan rendah ini memang satu satu cadangan yang baik. Lebih² lagi kalau ianya ditambah dengan
“Meningkatkan Had Gaji Minimum” kepada satu tahap yang lebih relevan setaraf dengan kos sara hidup masa kini. Sekurang²nya dengan peningkatan itu, kerajaan akan dapat mengurangkan lambakan tenaga kerja yang ada sekarang dan seterusnya mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing.
Anastasyea : Sama² kita nantikan
Siaran Langsung Pembentangan Bajet 2011 (Belanjawan 2012) pada 7 Oktober 2011 dari Dewan Rakyat nanti..
bagi org kerja swasta senang mohon loan rumah pun dh kira cukup baik
ReplyDeletebetul tu puan bee. kesian jugak dekat orang swasta kan?
ReplyDeleteHarap² macam tu la .. :)
ReplyDelete