Pada Zaman Dahulu | Siri Animasi Terbaru Les’ Copaque Sdn Bhd

Selepas kejayaan Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. dalam Siri Animasi Upin dan Ipin hingga membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa. Kini, Les’ Copaque akan melancarkan satu lagi siri animasi terbaru yang lebih menarik dan berkualiti tinggi yang berjudul “Pada Zaman Dahulu” yang akan mula ditayangkan pada bulan November 2011 di saluran Astro 114 (TV Al-Hijrah). Siri animasi yang mempunyai 12 episod ini, banyak berkisar kepada kisah teladan Cerita Sang Kancil yang bijak, yang diceritakan kembali oleh Atok Aki kepada cucu-cucunya.

Pada Zaman Dahulu Animasi Les' Copaque

Nak tau lebih lanjut .. jom baca sinopsis Siri Animasi “Pada Zaman Dahulu” ini ..

Pada Zaman Dahulu Animasi Les’ Copaque

Sinopsis Pada Zaman Dahulu


"Pada Zaman Dahulu" mengisahkan tentang Aris dan Ara yang tinggal di kampung bersama Aki dan Wan pada musim cuti Sekolah. Aris yang berumur 10 tahun dan Ara 6 tahun sememangnya tidak biasa dengan kehidupan di kampung kerana mereka dibesarkan di ibu kota Kuala Lumpur yang serba serbi canggih dan moden.

Seperti kanak² lain, Aris dan Ara juga nakal dan sering terlibat dengan pelbagai masalah. Bagi menghilangkan rasa bosan cucu²nya, Atok Aki cuba mendekati mereka itu dengan menceritakan Kisah² Sang Kancil yang bijaksana agar mereka dapat belajar dari kesilapan dan menjadikan kisah itu sebagai pengajaran.


Bagi yang ingin mengetahui perkembangan selanjutnya mengenai siri animasi "Pada Zaman Dahulu" ini, korang boleh la klik button like pada laman Facebook “Pada Zaman Dahulu” atau terus ke laman rasmi siri animasi ini, di PadaZamanDahulu.com

Anastasyea : Teringat kisah sang kancil dengan buaya yang selalu ditayangkan dekat saluran RTM dulu² .. satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk! ..

9 comments :

  1. Dengar cite bulan November 2011 di saluran Astro 114 (TV Al-Hijrah) ..

    ReplyDelete
  2. comelnya ..tv al-hijrah ye best2

    ReplyDelete
  3. http://wanwidget.com/
    adik saya mesti suka nih

    ReplyDelete
  4. tayang kat tvalhijrah nie.. graphic dia lawa sebab guna 2d ngan 3d

    ReplyDelete
  5. tak sabar nk tengok..mesti best ni :D

    ReplyDelete
  6. Nampaknya semakin meraik dunia animasi malaysia. suka ler budk2 yeppi

    ReplyDelete
  7. suka citer animasi macam ni..best..hehehe

    ReplyDelete