Mentang² la kita orang kerja di Bahagian Penjawatan. Asyik² dapat panggilan tanya pasal kenaikan gaji je. Aik .. banyak cantik. Korang ingat kitaorang jaga gaji ke ? Kalau tanya pasal kekosongan jawatan tu. Boleh la jawab sikit². Tapi kalau tanya pasal skim tangga gaji baru. Hehehe .. sorry la ye. Tak dapat den nak menolong..
Selain tu yang aku tak tahan nak gelak. Wujud satu fatwa kiraan sendiri yang dibuat berdasarkan fakta kenaikan gaji RM80 hingga RM320 mengikut gred yang dibentangankan dalam belanjawan 2012 seperti yang tertera di bawah. Dari mana diorang dapat pun aku tak tau. Alih² dah tersebar dekat Internet.
Tangga Gaji Baru Bajet 2012 yang diwar²kan oleh sesetengah pihak
GRED 1-16 = RM80
GRED 17-26 = RM120
GRED 27-40 = RM160
GRED 41-48 = RM220
GRED 52-54 = RM260
GRED JUSA A,B,C = RM320
Memang pelik betul ! Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pun belum lagi keluarkan apa² pekeliling. Dah ada pulak yang memandai² nak keluarkan kenyataan sendiri. Hehehe .. mungkin diorang dah tak sabar² nak dapat tangga gaji baru kot. Jadi dari buang masa percayakan rumours ni. Baik tunggu dulu apa² pekeliling ataupun surat arahan Perkhidmatan yang akan sampai di Jabatan masing².
Selain tu, kalau korang baca teks ucapan Belanjawan 2012 tu semula. Korang akan perasaan ada beberapa elemen utama yang digariskan dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam SBPA. Antaranya;
Pertama: Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;
Kedua: Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang.
Ketiga: Pada perutusan khas Hari Guru yang lalu, saya telah mengumumkan laluan kerjaya perkhidmatan perguruan siswazah yang lebih baik. Tidak perlu lagi seperti dulu, seorang guru terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat, sebaliknya sekarang, dalam skim baru mengikut time-based, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun ke-8 dan gred 48 pada tahun ke-16. Bagi guru bukan siswazah, dari gred 29 kepada 32, jika mengikut sistem time-based sekarang, ia memakan masa 10 tahun, namun, di bawah SBPA hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja. Seterusnya pula, bagi kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarang ini bergantung pada kekosongan, tetapi di bawah SBPA kelak, kaedah time-based lapan tahun turut diterima pakai; dan
Keempat: Kenaikan Gaji Tahunan tidak pernah disemak sejak 1991. Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan Penjawat Awam akan ditingkatkan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.
Kalau korang tengok balik item yang nombor 4 tu. Mungkin korang akan perasaan. Hanya kepada kakitangan awam yang menerima opsyen SBPA sahaja yang akan mendapat faedah Kenaikan Gaji ini. Jadi, saranan aku. Adalah lebih baik korang tak payah terburu² dulu nak semak tangga gaji baru. Belum tentu lagi semua penjawat awam akan mendapat 'durian runtuh'.
Lagipun dari cakap² yang aku dengar. Ada banyak pro dan cons dalam opsyen SBPA ini. Jadi daripada korang sibuk² bertanyakan Kadar Jadual Gaji Sebaris SBPA ini. Adalah lebih baik korang semak dulu opsyen SBPA ni bila dah keluar nanti. Itu lebih baik !
Anastasyea : Sabar la ekk ! Nanti keluar la tu Jadual Gaji Sebaris SBPA. Lepas tu .. koorang tenung la puas²

Saya pun dah ter pecaya pada jadual gaji yg dah tersebar kat internet skrg..ramai cikgu2 kat sekolah pun kata jadual tu betol. Tapi terpikir jugak..kalau naik setakat 13% je, camne kenaikan dari RM90 boleh jadi RM220?
ReplyDeleteTerlampau jugak tu..huhu. Tapi kalau betol pun bagus jugak..rezekiiii..
hehe
memang gaji asal kita naik sehingga 13%..Bulan April ni dapat gaji baru dan tunggakkan dari jan.
DeleteInsya Allah .. ^__^
DeleteDaripada dok tercari-cari jadual gaji, baik kita tingkatkan produktiviti...
ReplyDeleteyup, itu yg sepatutnya wahai Pekerja Sektor Awam 1Malaysia
Deletegitu rupenya..so jadual tu mmg x betullah....
ReplyDelete@Gerek Basikal : Betul tu .. saya setuju .. (",)
ReplyDeleteoo gitu rupenyee yee..so, sabarlah menunggu pekeliling dr jpa kan? :)
ReplyDeleteeh, org jpa rupenye ekk..ehem2.. ade kosong kat jabatan mane ek skang ni? nk isikn utk my hubbyla :D
@Sara : Hehehe .. tak la Sara. Kita bukan org JPA. Tapi ada la kaitan sikit² dgn penjawatan ..
ReplyDeletegaji tinggi tapi nk kena kerja sampai umur 60 thn..aduyai..larat lg ker PAP, Pemandu dan orang2 gred bawah ni nak kerja? Org atas xperlah dh tua pn gaji lebih besar sgt2 dari org bawah..
ReplyDeleteyg x larat leh bersara awal , bg peluang pd yg baru.... hehehe...
Delete@Miey : Sebab tu la kerajaan mengalakkan setiap kakitangan awam meningkatkan ilmu dari masa ke semasa utk membolehkan mereka menjawat jawatan yg lebih tinggi. (",) ..
ReplyDelete@anatasyea
ReplyDeletesalam anastasyea...
saya penah dpt interview jawatan gred 41 di badan berkanun...saya gred 17...masa interview...interviewer leh cakap saya tak layak dapat gred 41 sebab melangkau jawatan....haduiiiii...sekadar berkongsi pengalaman...
Larat lagi ke kena keja sampai umur 60 ni , takut cari opis tak jumpa dah nyanyuk...
ReplyDeletekita tunggu 2012 nanti..[x sabar ni] hehe
ReplyDeletevisit for recent post: http://pyejal.com/blog/
setahu aku...takde jadual gaji bagi sbpa ni....
ReplyDeleteKAKITANGAN AWAM SIBUK DOK KIRA PASAL GAJI BARU 2012. ADA DAH MULAI BERANGAN "BIASANYA NAK HABIS GUNAKAN" ITU WE ARE "MALAYS" AGAK KURANG NAK PIKIR PASAL TABUNGAN APA NAK JADI??
ReplyDeletehaha...sy stuju dgn Abg Cek..sy mmbyngkan 2 org rakan sekerja (tukang msk umur 36 & 38 masa ni) kat sklh berasrama luar bndr..he2..bila dah masuk umur 60 thn masa tu nak potong aym pun tgn dah terketar2..angkat priuk nasi n kuali besi dah sakit pinggang..mata dah rabun..ingatkan milo manis tp masin..he2..telinga dah x brapa dgr..org teriak bgtau Api2, mreka kata blum masak lagi...he3..sekadar berkongsi crita..
ReplyDeletetunngulah dengan penuh kesabaran hehe.gunung dikejar tak lari ke mana
ReplyDeletetak sabar2 ye diorang nih hehe
susah nak pecaya 'cerita' ni.. lau betul pun bnyk keburukan drpd kebaikan.. emmm...
ReplyDeletesusah nak pecaya.. bnyk keburukan drpd kebaikan ni...
ReplyDeleteNasib baik lah aku tidak percaya sama sekali pasal naik gaji ni..
ReplyDeleteGaji tu takkan kemana, yang penting kerja dulu.. Kalau adapun durian runtuh, elok buat tabungan :)
ReplyDelete|jomtonton.net|
Memang setuju .. menabung utk masa depan lbh bagus dr beli benda² yang tah apa² .. =)
Deleteye la kerja dulu baik -baik dan penuh tanggungjawab.gaaji hal kedua laa
ReplyDeletesaya dulu pernah kena kutuk n keji, masa interviu jawatan Pembanci Sambilan FAMA di 1996,tukang intiviu tu leh kutuk saya.dia kata boleh ke saya buat kerja berat dan tempat tinggi.dia tanya bolehke saya panjat pokok kelapa dan berapa tinggi.saya kata dalam 20 kakai.Dan dia tanya kenapa orang tak panggil saya sebagai pemanjat kelapa.Begitulah jahatnya para penemuduga FAMA Terengganu.Untuk pengetahuan semua,saya masa tu 20th dan gagal utk jawatan sambilan tu.Itulah sikap pegawai FAMA yang beragama Islam dan orang Melayu.Buat ketahuan semua temuduga tu berlaku di Pejabat FAMA Jerteh. Apa komen anda semua. ucopju@yahoo.com
ReplyDeleteTuhan maha kuasa , lama - lama pegawai tu yang gila kuasa tak ke mana , saya dah alami benda tu juga . Seorang yang ber Master , Lagak meninggi / cara kerja macam tak ada hari esok . Last2 saya tengok tak sempat jadi KP.
DeleteSetuju dengan pendapat Ramsari, bongkak, ego dan busuk hati tu tak kemana, nanti pasti kena kat diri orang tu balik ..
Deletehahah...SIAMN KAN...spba dah jadi almarhum..innnalillah
Deletetak seme Peg FAMA camtu Ucop. yg ckp camtu hanya pegawai yg otaknya mereng nak gilo tak lamo lg. Tak pernah dlm sejarah FAMA sama ada pembanci atau pegawai diarahkan panjat kelapa semata2 untuk membanci berapa biji kelapa yg ada kat atas pokok tu.Kalau ko jumpa penemuduga yg mcm tu lg ko bg penampor jew lg bagus biar dia sadar diri kit jngn asyik tersilap mkn ubat jew... peg mcm ni elok bersara awal jer. BUAT MALU WARGA FAMA JEW, huh!
Deletesabo la abdul ucop..ada kalany manusia ini terlupa dan terleka,lantas melakukan kesilapan yg tidak disengajakan. skrang kerja dimana? Em..tiap2 bulan org duk sibuk dengan cerita ini.semakin lama semakin hangat dan panas..:D
ReplyDeleteBersyukur berbanding mereka yg daif dan tiada rumah.
ReplyDeleteKita sebagai manusia seharusnya bersyukur dengan kurnian-Nya..
DeleteSya blum ada rumah, harap2 nait gaji ni dptlah beli rumah........huhuhuhuhu
DeleteSaya pun cadang2 mcm tu, nak beli rupa jugak, tapi harap2 la syarikat perumahan tak ambil kesempatan dengan menaikkan harga rumah, kalau tak susah la ..
DeleteGred N5-1 (SSM – N11) 850 – 2390 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM80)
ReplyDeleteGred N4-1 (SSM – N17) 955 – 2780 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM95)
Gred N4-3 (SSM – N22) 1920-3530 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM115
Gred N3-1 (SSM – N27) 1410-4185 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145)
http://beritasemasa.com/tangga-gaji-baru-2012-sbpa
Sebenarnya gaji yang kita terima masih rendah berbanding negara maju (hehe,kata nak jadi negara maju..). Walaubagaimanapun kita tetap berterima kasih atas apa pemberian yang diterima dan beryukor kepada Allah yang MAHA ESA..thanks to all..
ReplyDeletelau gaji tinggi tp harga Proton PrevE sampe RM70K, nasi lemak pun dh x de yg RM1.50 wat pew? G pasar mlm bawa RM50 mcm RM5 jew, x guna jg gaji naik melambung. nyusah org yg x mkn gaji adew la.... huuuhuhuh
DeleteSebenarnya gaji yang kita terima masih rendah berbanding negara maju (hehe,kata nak jadi negara maju..). Walaubagaimanapun kita tetap berterima kasih atas apa pemberian yang diterima dan beryukor kepada Allah yang MAHA ESA..thanks to all..
ReplyDeleteAlhamdulillah, ada jugak peningkatan gaji .. ^__^
DeleteApa2 syukur dlu laaa...tp sapa yg nk naik gaji lagi nnt aku leh tunjukkn caranye.....
ReplyDeleteTernyata apa yang digembar gemburkan itu ada yang betul kan...
ReplyDeleteMacam tu la nampaknya .. ^__^
Delete