Semenjak aplikasi ini dilancarkan, sekurang²nya lebih dari 30,000 pengguna telah mendaftar. Kini, Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memantau dan menguji keberkesanannya. Sekiranya penggunaan aplikasi ini berjaya. Pihak PDRM akan memperluaskan penggunaanya ke negeri² lain pula.
Apa itu My Sistress
Sistem My Distress adalah aplikasi menerusi telefon pintar, yang membolehkan orang ramai menghantar isyarat kecemasan dengan menekan butang ikon pada telefon pintar terbabit. Isyarat tersebut akan terus dihantar ke Bilik Gerakan di Ibu Pejabat Polis Selangor. My Distress yang dilengkapi dengan Sistem Pengesanan Global (GPS), akan membantu polis mengesan individu yang menghantar isyarat ke lokasi berkenaan.
Pada pandapat aku la. Sistem ini memang bagus memandangkan kadar jenayah yang semakin meningkat. Cuba anda bayangkan sekiranya berlaku keadaan yang tak diduga macam kes rompakan kedai mamak yang berlaku baru² ini. Dalam keadaan terkejut macam tu, memang susah la nak menghubungi pihak polis. Kalau dapat pun, lepas tu kena bagi butiran maklumat anda, lokasi dan masa. Panik weiii .. kadang² memang tak dapat fikir apa². Lepas semua maklumat tu dah diperolehi. Baru pihak polis dapat bertindak.
Tetapi dengan adanya aplikasi ini, semua tu sudah tidak perlu. Apa yang anda perlukan. Hanya perlu menekan butang "HELP" bagi telefom iPhone/Android atau "ON SOS" (BlackBerry/Java User) dan pihak polis akan menjejaki anda. Terlebih dahulu sebelum menggunakan aplikasi ini. Anda perlu la mendaftar dan mengemaskini maklumat anda terlebih dahulu. Cara² bagaimana untuk mendaftar, download aplikasi dan menggunakannya ada ditunjukkan di http://mydistress.net
Anastasyea : Bantuan kecemasan kini hanya dihujung jari anda !


Be the first to reply!
Post a Comment