Cite yang aku dapat berbunyi begini;
Hati2…!!! Peringatan kepada semua !!!!!!!!!!!
Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.
Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.
Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.Sumber: Carigold.com
Sebenarnya ada lagi cite nie sampaikan bab potong² anggota badan. Tu yang aku malas nak copy paste kat sini sebab dah 18SG. Jadi, korang faham² la ye. Nie pulak tips² yang diberikan bersama cite tadi. Memang aku kira boleh pakai la dari tak ada langsung.
@Pastikan kereta korang berkunci setiap masa walaupun ketika nak isi minyak.
Sebelum nie, kalau isi minyak guna kad kredit. Memang aku tak pernah kunci kereta. Sebelah pam minyak je kan. Jadi kalau orang nak masuk tempat duduk belakang. Tentu aku awal² nampak. Hehehehe .. (Nampak gaya lepas nie .. kena kunci la)
@Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
Tips nie memang selalu aku pakai. Sambil² tengok sekeliling, aku tengok gak tayar kereta kot² tak ada angin dan sebagainya.
@Sentiasa peka terhadap sebarang tanda² pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!!!
Tanda² pelik tu, tak pernah lagi la setakat ni. Tapi kalau setakat mamat² usya pelik tu .. banyak la (",)
Anastasyea : Nie yang buat aku lagi malas nak isi minyak malam² (",)


thanx for the info anastasyea...pasni kalo nak isi minyak malam2 kena ajak hubby temanla...takutttt huhu...
ReplyDeletebahaya nih
ReplyDeleteUIks suspen btl story ni. tgk gmbr mcm cite hantu pon ada gak feel yg di terima. BAhaya zaman skang ni ..
ReplyDeleteadeh ! menakutkan je -.-
ReplyDeletememang kena hati-hati lepas nih.
ReplyDeleteamat menakutkan...perkara macam ni kita kena berhati-hati walaupun benda ni nampak mudah.orang senang bole ambil kesempatan
ReplyDeleteada orang kata malang boleh berbau sebab kebakaran ada bau hangit ke bau asap ke..
ReplyDeleteada orang kata isi minyak waktu malam lagi bagus sebab tak berlaku proses pengewapan..
<a href="http://rojakpunya.blogspot.com>Rojak</a> rasa lebih baik kita isi je minyak waktu pagi dan sentiasa berjaga-jaga. Pasal malang tu memang tak berbau so sesiapa buat lawak hampeh kata ada bau tu minta tolong ubah perangai ya.
isy...bahaya betol la...nasib baik pompuan tu tak terus drive saja...kalu tak,mati pompuan tue..
ReplyDelete1)Pelik!! Nasi Berlaukkan Kondom di China
2)Menarik!! 20 Sebab Kenapa Lelaki Taknak Kahwin
3) Terbaru!! Cara Kembalikan Facebook Chat Yang Lama
menakutkan
ReplyDeletelepas nih memang letak sign
kena extra precaution ketika pam minyak lah
Memang dah laam cerita ni,kita kena sentiasa berwaspada
ReplyDeleteseram gak la dengar camni..nasib baik dia tak apa-apa
ReplyDeleteCityiklan
http://wanwidget.com
ReplyDeletepernah dengar citer nih, memang kita kena hati hati, bahaya