Video Pelajar Malaysia Dipukul Dirompak Dalam Rusuhan Di London

Terkejut bercampur sedih bila melihat bagaimana pelajar Malaysia, Asyraf Hazlan dipukul dan dirompak dalam rusuhan yang berlaku di London, semalam. Menurut dari kenyataan yang saya baca, beliau sebenarnya bukannya terlibat dalam mana² rusuhan, tetapi diserang oleh sekumpulan perusuh sebaik sahaja keluar dari tren bawah tanah. Ketika itu, Asyraf Hazlan dalam perjalanan menziarah rakannya untuk berbuka puasa di utara London.


Pelajar Malaysia dipukul


Dalam klip video selama satu minit lebih ini. Kelihatan Asyraf Hazlan terduduk keletihan selepas dipukul dengan teruk. Bukan setakat itu sahaja, malahan barang² peribadinya juga dirompak oleh sekumpulan lelaki yang berada berhampiran beliau. Asyraf Hazlan yang mengalami kecederaan yang teruk di bahagian rahang, kini dirawat di Hospital Royal London




Anastasyea : Perkara begini la yang ditakutkan setiap kali rusuhan berlaku. Semoga apa yang terjadi di luar negara tidak akan berlaku di Malaysia. Amin !

8 comments :

  1. sama-sama la kita berdoa
    amin

    ReplyDelete
  2. kesian kat pelajar malaysia 2... dahla parents jauh... tgh puasa lagi... semoga mereka2 yang berda di sana tabah menghadapi dugaan...

    ReplyDelete
  3. Kita ada jugak baca ni kat web Media Malaya tadi..Tapi tak sampai hati nak tgk..Kesian..Semoga dia tak apa² kat sana kan? AMIN!!!~

    ReplyDelete
  4. kesiannye... sakit hati betul...

    ReplyDelete
  5. adui kesian nya.
    dh la dia sorang. hmm

    ReplyDelete
  6. kesiannye...apa nak buat kan..tempat orang..biarkan je la diorang nak ambik apapun..asalkan jangan sampai mengancam nyawa..nasib kat tempat orang..

    ReplyDelete
  7. kesian dia... sib baik dia dah stabil skrg...alhamdulillah....

    ReplyDelete
  8. adik lelaki kite kat moscow ambil medic.kawan2 dia pun kena pukul,rompak.budak asian mmg takut nk kuar jln2 sebab org rusia anti asian student.

    ReplyDelete