JUDUL FILEM : SATU MALAM KUBUR BERASAP...
Filem Satu Malam Kubur Berasap ini mengisahkan mengenai 3 orang sahabat kampung iaitu Atan, Bun, Pet dan seorang kawan bandar yang baru berkenalan iaitu Mie dimana selepas kereta Mie mengalami kerosakkan dan tersangkut di kampung mereka .
Satu hari, mereka berempat setelah besama-sama berkongsi cerita berkenaan dengan Hantu Cempaka, 4 sahabat pun keluar meraikan kereta Mie yang telah siap diperbaiki dan sedia untuk meninggalkan kampung. Tiba-tiba mereka didatangi oleh Siti yang menjemput mereka berempat makan kerana Siti ada membuat kenduri. Bun agak berat hendak pergi tetapi Atan telah memujuk. Mereka pun keluar makan selepas waktu Isyak. Bagaikan orang mengantuk disorong bantal, semuanya tidak sabar untuk pergi.
Tetapi apabila tiba di tempat yang dimaksudkan, mereka rasa pelik kerana tiada jemputan lain selain mereka. Bun. Mie dan Pet telah melarikan diri hanya tinggal Atan sahaja disitu. Atan memberanikan diri untuk pergi ke rumah Siti.
Siti gembira setelah melihat Atan datang walaupun kawan-kawan Atan telah melarikan diri. Siti telah menghidangkan Atan makanan seperti mee goreng dan air sirap. Atan makan dengan pelahapnya tanpa menyedari mee goreng yang dimakan ialah cacing-cacing yang masih hidup dan air sirap adalah darah. Atan juga tidak menyedari rumah itu sebenarnya adalah kawasan perkuburan.
Perkara itu sampai ke pengetahuan Muthu, seorang wartawan rancangan mistik yang kebetulan mencari tempat-tempat yang boleh diketengahkan sebagai tempat yang berhantu. Berita mengenai 4 sahabat yang makan di kubur itu menjadi tarikan Mr Chen untuk membuat liputan rancangan Misteri Dari Kubur.
Mr Chen telah mengarahkan krew produksi iaitu Uncle Seekit & the Team untuk pergi menyiasat kesahihan cerita tersebut. Semua telah pergi ke Kampung Angan Tak Sudah, iaitu kampung Atan. Ketika ini, berlaku perkara-perkara yang suspen dan menakutkan bila Hantu Cempaka muncul apabila kuburnya mula mengeluarkan asap.
Trailer Rasmi Suatu Malam Kubur Berasap
Anastasyea : Mesti pecah punggung ! =)

baca macam takut je
ReplyDeletenak tgk ke x nie
baca sinopsis not bad. pelakon je kurang terkenal.orang kita ni, kalau pelakon best2 laju je terjah panggung.tipikal habis.
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteerkk..nampak menarik nih
nanti boleh lah layan juga
:)
Tak menarik sangat filem ni. Kami ada buatkan review di KakiWayang.com, boleh tengok apa orang lain kata tentang filem Suatu malam Kubur Berasap
ReplyDelete