Senarai Kawasan Speed Trap Jalan² Utama Di Semenajung Malaysia | SMS Berangkai Lagi !

Tadi baru je terima satu SMS dari seorang rakan mengenai Kawasan² Perangkap Laju (Speed Trap) di jalan² utama di Semenanjung Malaysia. Mula² tu percaya la jugak. Tapi lepas tu terfikir. Kalau semua pakat hantar SMS nie macam nie. Siapa yang untung ? Teringat entry SMS Berangkai - Siapa Untung Besar yang aku tulis dua tiga hari yang lepas. SMS menarik macam ni. Tentu ramai yang ingin kongsikan dengan rakan² dan saudara mara yang lain tanpa memeriksa adakah maklumat tersebut benar ? Contohnya;

Speed Trap Ops Sikap ke-24

Hotel Mint di No 1- Jalan Persekutuan. Sekarang nama hotel tu dah tukar kepada nama kepada Nouvelle Hotel. Jadi nampak sangat SMS tu, SMS lama. Betul tak ?

Pasal senarai kawasan² speed trap tu. Aku rasa tak payah la korang susah² nak hafal ataupun print senarai tersebut. (Conform nak buat rujukan masa dalam perjalanan nanti) Korang ingat, masa memandu nanti sempat ke nak tengok senarai² tu. Baik tak payah ! Daripada korang tengok senarai² tu. Baik fokus kat jalan raya lagi bagus. Lepas tu pandu je dengan cara berhemah. Insya Allah korang pasti akan selamat dari bayar RM300 duit saman. (",)

Kat sini aku letak juga senarai² kawasan Perangkap Laju (Speed Trap) yang aku terima tu. Mana la tau kot² korang nak tengok.

Senarai Kawasan Speed Trap Jalan² Utama Di Semenajung Malaysia

Plus arah utara (dari kuala lumpur)

01. Km 197.1, km 198.8 & km 204.3 selepas exit kemunting
02. Km 208 & km 214.8 sebelum exit kemunting
03. Km 271 berdekatan exit ipoh selatan
04. Km 274.4 berdekatan exit ipoh utara
05. Km 286.9 berdekatan exit simpang pulai
06. Km 296 berdekatan gopeng
07. Km 352.6 selepas exit sungkai
08. Km 373 berdekatan exit slim river
09. Km 241.9 berdekatan exit kuala kangsar
10. Km 308.6 selepas exit gopeng
11. Km 252 masa turun bukit selepas terowong menora
12. Km tidak pasti tapi betul2 di r&r gurun
13. 2 Km after tol juru (90km/j)
14. 5 camera di atas jambatan pulau pinang

Plus arah selatan

01. Km 289 sebelum exit nilai selatan
02. Ada 3 camera antara km 255 - km 249 (persimpangan seremban - senawang)
03. Km 253 selepas exit senawang
04. Km 213.9 selepas exit alor gajah
05. betul2 di exit jasin
06. Km tidak pasti tapi selepas hentian tangkak
07. Km juga tidak pasti tapi jambatan pertama selepas exit yong peng utara
08. Km 97.3 selepas air hitam
09. Betul2 di exit sedenak

Plus tengah

01. Km 456 selepas sungai buluh
02. Betul2 di exit bukit lanjan
03. Di bawah restoran jejantas sg buloh
04. Km 302.8 berdekatan exit kajang
05. Km 296.5 & 297 berdekatan exit bangi

Kesas

01. Km 44.8 selepas exit ldp
02. Berhadapan endah parade
03. Exit hicom

Elite ( dari arah klia)

01. Km 4.8 selepas exit batu 3
02. Km 2 - km 4 atas jambatan berdekatan makro
03. Km 10 sebelum exit usj

Jalan persekutuan

01. Bersebelahan hotel mint
02. Berdekatan esso kat exit salak selatan
03. Berhadapan dengan istana negara
04. Berhadapan dengan muzium negara
05. Kawasan turun bukit selepas pekan raub ( menghala kuala lipis)
06. 2 km sebelum pekan maran (arah kuantan)
07. Area paya bungor

Nak balik kampung nanti. Kena banyak² bersabar k ! Jangan main nak cepat sampai je. Lepas tu tekan minyak sampai tak ingat dunia. Perasaan orang lain pun kena jaga jugak. Jadi memandulah dengan berhemah dan ingat orang tersayang k ! Mudah² perjalanan korang semua selamat.

Anastasyea : Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. (",)

6 comments :

  1. saye dududk kampung, keje kat kampung, so tak rase feel balik kmapung huwaaaaaaa......anyway betul ke senarai ni? mintak izin kongsi boleh?

    ReplyDelete
  2. Aku pun hairan mcm mna diaorg boleh dapat list ni. Tak munasabah langsung, kalau korang terrer bawak laju time jem kira hebat ar..

    ReplyDelete
  3. Terlebih dahulu TQ kerana melawat dan tinggalkan komen di blog saya.
    Saya terima info speed trap melalui BBM, jadi FREE. Sebab itu saya sebarkan melalui blog FB dan twitter. Just bayar duit broadband je. Selamat menyambut Aidil Fitri

    ReplyDelete
  4. wah..banyak jugak speed trap yg dipasang ek..ape2pon semua org kene memandu dgn berhati2...patuhi halaju yang dibenarkan..insyaallah selamat dalam perjalanan..selamat hari raye :)

    ReplyDelete
  5. salam..aku org johor..semua sppedtrap arah selatan yg dinyatakan 2 sume betul..aku pnah kne skali pas exit sedenak..cm *(^%$#$$% btol la..peace..:)

    ReplyDelete
  6. salam..aku org johor.pasal area speed trap arah selatan 2 sume mmang betul..kebanyakkanya aku da teliti da tmpt2 dy..aku da pnah kne skali kt area exit sedenak...dy pnye roadblock kt KM 44 arah utara..jdi kalau smpai kws 2 stnby je la ye..salam aidilfitri..peace..:)

    ReplyDelete