Nuzul Al-Quran 2011

Lengang betul jalan raya hari nie. Maklumlah, Selangor cuti sempena hari Nuzul Al-Quran. Kalau tak .. time² nie baru la sampai kat office. Selain Selangor, negeri² lain yang bercuti hari nie adalah Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, dan Terengganu. Macam saya, walaupun menetap kat Selangor. Terpaksa juga berkerja kerana Wilayah Persekutuan Putrajaya tak cuti. Tak aci la ! Sepatutnya semua negeri cuti. Baru la best .. Heheheh !

Nuzul AlQuran

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W. hingga seterusnya berperingkat² menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.

Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Surah Al-‘Alaq:1-5)

Anastasyea : Sama² kita menghayati peristiwa berlakunya Nuzul Al-Quran.