Tips Memilih Tayar Kereta Yang Sesuai !

Beberapa hari nie, asyik memikirkan pasal tayar kereta je ! Dah 4 tahun pakai, tak tukar². Bulan depan pula dah nak masuk bulan Ramadhan. Lepas tu nak balik kampung, sambut Raya Puasa. Perjalanan jauh pulak tu. Nak tak nak, terpaksa tukar jugak. Nak beli tayar nie pun. Bukannya boleh beli sebarangan. Kena faham beberapa perkara. Baru la tak kena tipu.


Harga Tayar Kereta
Pemilihan tayar kereta yang sesuai penting untuk kenderaan anda



Perkara pertama yang perlu anda diketahui. Pemilihan saiz tayar yang sesuai dengan keupayaan kereta anda. Kalau macam kereta saya, Myvi 1.3, dan menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz sport rim 14 inci.


Ini kerana jika menggunakan lebih daripada itu misalnya sport rim saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, kesemua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangkahayatnya dan yang paling penting, minyak akan cepat habis.


Selepas memperolehi saiz tayar yang sesuai, cuba perhatikan pula di bahagian tepi permukaan tayar. Di situ anda akan nampak satu rangkaian nombor dicetak dipermukaan tepi tayar seperti contoh dibawah.


185/60 R14 82H

Lebar permukaan bawah tayar : 185 mm
Lebar permukaan sisi tayar : 60 mm
Jejari : R
Diameter rim : 14 inchi
Indeks muatan symbol kelajuan : 82H.
* indeks muatan 82 = tayar itu boleh menampung muatan 475 kg
Sekiranya;
*indeks muatan 71 = 345 kg
*indeks muatan 125 = 1,677 kg
*simbol H = kelajuan maksimum bagi tayar tersebut ialah 210 km/j. Sekiranya dipandu lebih dari kelajuan tersebut, sifat fizikal akan berubah dan besar kemungkinan tayar tidak lagi berfungsi dengan baik.


Senarai code² yang lain:
S - 180 km/j
T - 190 km/j
U - 200 km/j
H - 210 km/j
V - 240 km/j
Z - melebihi had laju 240 km/j
W - 270 km/j
Y - 300 km/j
ZR - untuk tayar yang mengatasi kelajuan 270 km/j keatas


contoh : TREADWEAR 240 TRACTION A TEMPERATURE A


- kadar kehausan bunga tayar : 240 (semakin tinggi nilai, semakin lambat haus tayar kereta tersebut)
- kekuatan cengkaman tayar : TRACTION A (paling bagus AA diikuti A, B & C)
- ketahanan suhu : TEMPERATURE A
*A : kawasan panas,  B : kawasan bercuaca normal,  C : kawasan sejuk


Harga Tayar Kereta
Empat nombor tu, bukan nombor ekor tau



Jika anda melihat semula ditepi tayar itu. Anda akan nampak EMPAT nombor seperti gambar di atas. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan anda maklumat mengenai tarikh tayar itu dikilangkan (minggu dan tahun) dan batch pengeluarannya.


Macam gambar di atas; 1511 bermaksud, minggu ke 15 dan tahun dikeluarkan adalah pada tahun 2011. Tarikh expired tayar tu pula, sepatutnya minggu ke 15 tahun 2013. Jadi kalau guna tayar yang dah expired. Kemungkinan tayar tersebut akan senang meletup semasa kelajuan tinggi.


Harga Tayar Kereta

Proses menukar tayar kereta yang baru.


Harga Tayar Kereta



- Berhati²lah ketika memilih tayar yang sesuai untuk kereta anda.


19 comments :

  1. husband zana baru tukar tayar kereta semalam.. zana x ambik tau sgt.. hihihi.. lps ni akan lebih ambik tau.. thanks sis!!

    ReplyDelete
  2. Waah...ni mengalahkan mat-mat drift nih.... hehehe

    Nice tips... nanti boleh la buat cara-cara menukar tayar kete pulak....:)

    ReplyDelete
  3. Memang penting tayar nii... kita kena ada sikit pengetahuan... Bukan tayar sja... Lainlain part juga penting... kena tahu serba sedikit...

    ReplyDelete
  4. salam..
    terima kasih nasihat tu
    ermm..memang keselamatan tayar amat penting sekali terutama nak jalan jauh raya nanti..


    **google updated page rank lagi..
    cuba periksa anda punya Anastasyea

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. murahnya. boleh tau ktne? tayar baru kan bukan 2nh hand?

      Delete
    2. Kalau menghala ke Pekan Kajang tak jauh dari Tol Kajang - Utara - Selatan, boleh nampak kat sebelah kanan, stesen minyak shell, sebelah tu ada kedai tayar .. kat situ la .. ^__^

      Delete
  6. SALAM KAK...saya ain dari balakong. sy baru pakai kereta new myvi 1.3... saya nak tuka spotrem ngan taya bru..tp saya xtahu bagaimana mahu pilih dan apa saiz yg perlu... saya minx tolong sgt2 kak tolong beri cadangan baik untuk spotrim dan kereta saya ni...
    dulu semasa sy baru beli ereta, salesman sy ada bagitahu, kalau nak tuka tayar, beli tayar silverstone, sebab perodua sepakat dengan silverstone, tetapi, saya hairan, kalau saya beli tayar brand lain boleh ke? silverstone tu bagus ke? tolong saya kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau guna tayar jenis lain pun boleh. Tengok mcm akan sekarang, masuk tahun nie dah hampir 2 tahun guna Continental. Ok je .. :)

      Delete
    2. cik ain, kalau boleh elakkan guna silverstone. Saya pakai Silverstone M5. Banyak komen tak elok pasal brand tu. Hari tu tayar pecah (bukan bocor) kat highway. Continental ok jugak.

      Delete
    3. Tayar batuperak memang kurang kualiti.
      kalau tayar kereta mudah bengkak tepi.kalau tayar lori bunga berombak walau masih tebal.tayar lori 1tan paling murah ialah silverston.

      Delete
  7. taya akak saiz brape? nk tuka taya ngan spotrem bajet brape?

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PEMBETULAN AYAT :

      Jika lebar tayar adalah 185mm, 60R tu adalah 60% dari lebar tayar, iaitu 111mm. Jika bercadang untuk menukar rim dan tayar dari saiz asal, sila rujuk disini.
      http://www.1010tires.com/tiresizecalculator.asp?err=98&rsn=usr-snt-emty-str

      Terima kasih tuan tanah, harap membantu.

      FLYWAYS TNT AGENCY
      http://flywaystntagency.blogspot.com/

      Delete
  9. saya pakai tayar brand Bridgestone 225/45/17..baru pakai setahun lebey, bunga masih cantik tp bising..bila jalan jauh memekakkan telinga jer..

    ReplyDelete
  10. cuba http://mytayar.com untuk mencari tayar. pelbagai pilihan dari banyak kedai2 yang bagus. harga pun ditunjukkan dan anda tahu apa yang dapat. kesemua t+c dinyatakan dengan telus. tiada ruang untuk ditipu lagi.kalau network workshop tipu juga, mereka akan dibuang dari website ala2 akademi fantasia.

    ReplyDelete