Antara sebab² kenapa hubungan mereka jadi macam nie. Refer blog CikguDahlia. Rupa²nya dah beberapa kali, Khairul Fahmi dan Dahlia Teck nie kantoi keluar makan bersama. Lepas tu siap berpegang tangan lagi. Dengar cite jugak, Khairul Fahmi nie sanggup belikan kasut buat Dahlia Teck. Amboi, sampai macam tu sekali. Kat tunang sendiri, tak belikan ke ?
Sekarang bila dah jadi macam nie. Tak tahu la nak menyebelahi sesiapa. Saya pun sebenarnya tak berapa suka sangat dengan cara Aimie (jejari runcing) menjaja kisah cinta mereka dulu. Rasa meluat sangat. Benda tak conform lagi. Buat apa nak jaja satu Malaysia. Lain la kalau dah jadi suami isteri yang sah. Masa tu kalau nak buat drama pun, sure orang tak kisah.
Masa bercinta, memang tak sama dengan alam berumah tangga. Semuanya nampak indah belaka. Tapi bila dah kahwin. Baru nampak "keburukan" masing². Masa tu dah tak boleh buat apa dah. Kena terima dengan seadanya.
Sebab tu la, masa bertunang nie penting untuk menilai hati budi masing² dengan sebaik²nya. Kalau elok, teruskan ! Kalau tak, fikir²kanlah. Buat apa nak pertahankan "cinta" kalau dah tak bersefahaman. Nanti akhirnya, pasti akan menyusahkan diri sendiri jugak.
Apa² pun, untuk Aimie Harmelia. Banyak² bersabar k, dan jangan lupa berdoa kepadaNya. Insya Allah, kalau dah ditentukan jodoh awak dengan Khairul Fahmi. Pasti tak ke mana. Lepas tu, jangan pulak mudah melatah dengan isu² sebegini. Minta dulu penjelasan mengapa dan kenapa. Orang lelaki nie memang tak suka dikongkong. Lebih² lagi kalau terus kena serang. Cuba tanya elok². Mungkin ada sebab² kenapa dia buat macam tu.
Untuk Khairul Fahmi pulak, cuba la bawa bersabar. Berbincang elok². Semua masalah tak akan selesai kalau sentiasa pentingkan diri sendiri sahaja. Hormatilah orang tua kerana mereka lebih dulu "makan garam" dari kita.
Anastasyea : Orang yang sedang bertunang nie memang banyak dugaan. Kalau tak, tak ada la istilah "darah manis"



