Pengeluaran Zakat adalah Rukun Islam ke Empat yang wajib ditunaikan selepas berpuasa di Bulan Ramadhan. Barang sesiapa yakni Muslim yang tidak mengeluarkan zakat, maka tidak sempurna Rukun Islam seseorang itu.
Dari surah At-Taubah (09), ayat 103:
“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu(Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”
Ibnu Umar meriwayatkan:
“Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu (jumlahnya) segantang kurma atau gandum.” (Hadis Riwayat Imam Muslim, no. 935, Jilid 2, halaman 169)
Kadar Zakat Fitrah 2011/1432H
Negeri | Kadar Zakat Fitrah 2011 (RM) |
| Perlis | 6.00 |
| Kedah | 7.00 |
| Pulau Pinang | 7.30 |
| Perak | 7.00 |
| Selangor | 7.00 |
| Negeri Sembilan | 6.50 |
| Melaka | 6.30 |
| 7.00 / 5.00 | 6.50 |
| Pahang | 7.30 |
| Terengganu | 6.00 / 7.00 / 8.00* |
| Kelantan | 7.60 |
| Sarawak | 6.20 |
| Sabah | 7.70 |
| Wilayah Persekutuan | 7.00 |
Waktu mengeluarkan Zakat Fitrah bagi Bulan Ramadhan terbahagi kepada 5:
Niat Zakat Fitrah
“ Wang sebanyak $ _____ ini sebagai menunaikan zakat fitrah, yang wajib ke atas diri/keluarga saya untuk tahun berakhir _____ tunai kerana Allah Ta'ala. ”
Anastasyea : Elakkan membayar Zakat Fitrah disaat² akhir !

itu minimum. kalau saudara2 muslim ku bley bg atas nilai yg lebih dr yg ditetapkan adalah lebih baik :)
ReplyDeletetul tu dawa.. kid selalu bayar lebih dari tanggungan. dan lebihan itu dikira sedekah dalam zakat tersebut..
ReplyDeletesetiap tahun makin bertambang tangunggan maka bertambahlah zakatnya
ReplyDeleteAl Hamdulillah semakin banyk kita berzakat semakin banyaklah rezeki yg kita dapat
murah je. semua mampu bayar. bayaran minimum sangat murah :)
ReplyDeleteSalam Ana..
ReplyDeleteInfo bagus...nnti boleh sis share yek..:)
Kalau di Terengganu, zakat fitrah mengikut harga beras yang kita makan. Amir akan bertanya beras gred apa yang kita makan, kalau makan beras mahal, mahalnya zakat fitrahnya dan begitulah sebalik, mengikut kemampuan.
ReplyDeletebagus ni.. saling ingat mengingati..
ReplyDeleteKalau kat kampung .. pagi² raya atau malam raya, mesti ramai yg berkunjung ke rumah nenek nak bayar fitrah. =)
ReplyDeleteBaru tahu setiap negeri tak sama....
ReplyDeletebalik kampung baru bayar , depa bayar kat surau di kampung je hehe..
ReplyDelete