Jerebu Tebal di Kuala Lumpur

Beginilah keadaan jerebu tebal di Kuala Lumpur sekitar jam 12.30 tengah hari ini. Selalunya kalau cuaca cerah. Memang boleh nampak KLCC dengan jelas. Tapi hari ini, kalau tengok. Nampak bayang² sahaja. Bau udara kat luar, jangan cakap la. Memang bau terbakar. Nak bernafas pun rasa perit. Entah berapa la Indeks Pencemaran Udara (IPU) hari ini. Harap² masih dibawah tahap merbahaya.

JEREBU DI KUALA LUMPUR

Ingat lagi keadaan jerebu pada tahun 2005. Memang teruk sehinggakan kerajaan Malaysia mengisytiharkan darurat bagi kawasan Pelabuhan Klang dan Kuala Selangor selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di situ melepasi tahap 500. Tahap yang sangat berbahaya kepada kesihatan lebih² lagi kepada kanak², orang tua, pesakit lelah dan perokok.

JEREBU DI KUALA LUMPUR

Anastasyea : Kalau berada diluar rumah, jangan lupa memakai penutup hidung ye !

7 comments :

  1. jerebu pun kain kering lega ! hehe

    ReplyDelete
  2. patutlah on the way g klcc naik lrt tadi pelik semacam je, ingatkan sebab lama sangat cuti sampai dah tak biasa tgk luar, rupa2nya memang unusual ponn
    haha

    ReplyDelete
  3. Klang sini pun selalu ada jerubu . . . punca . . . tak tau :P

    ReplyDelete
  4. hye,blogwlking here..

    btw jom komen link kt entry wani ni

    http://akuazwani91.blogspot.com/2011/07/i-saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html

    thx a lot =)

    ReplyDelete
  5. memang berjerebu kat KL.. pakailah topeng.. huhuhu

    ReplyDelete
  6. Jerebu² nie .. kalau nak kereta. Memang tak buka tingkap langsung !

    ReplyDelete
  7. Ni mesti ade tempat2 tertentu kene kebakaran besa ni.... asap2....

    ReplyDelete