Bloglist tak UPDATE ! Nie mungkin cara penyelesaiannya.

Kalau baru² nie korang tengok Bloglist korang dekat blog orang lain tak berupdate walaupun ada post baru. Nie mungkin salah satu cara untuk menyelesaikan masalah tersebut. Korang cuba la nanti. Mungkin ianya dapat membantu. Sebelum tu, nak bagi tahu. Masalah nie sebenarnya ada kena mengena dengan Interface Blogger yang baru. RSS Feed problem. Kalau korang perasaan, kebanyakkannya semua start dari 7 Julai 2011. Setakat ini, Blogger tengah cuba menyelesaikan masalah tersebut.

bloglist problem

Cara nak check RSS Feed blog korang ok ke tak ? Cuba tukarkan URL dibawah ini dengan nama blog korang. Lepas tu tengok, adakah post blog yang atas sekali tu adalah post terkini. Kalau tak ! Memang RSS Feed blog korang problem.

Atom 1.0: http://blogname.blogspot.com/feeds/posts/default
RSS 2.0: http://blogname.blogspot.com/feeds/posts/default?alt=rss

Cara nak selesaikan masalah ini. Mudah sahaja. Hanya perlu cari post blog korang yang ada Location. Misalnya korang letak dekat post tu, Location; Malaysia, KLCC atau apa² pun. Buang semua location tersebut. Kemudian klik Publish semula. Lepas tu check RSS Feed tadi. Berfungsi ke tak ? Kalau ada post terkini. Maknanya, RSS Feed dah OK. Nanti bloglist korang kat blog yang lain pun akan berfungsi semula secara sendirinya.

Rujukan : Google Forum

Anastasyea : Harap² dapat membantu !

23 comments :

  1. info yg bagus, biasa la tu, setiap benda baru pasti ada masalah yg timbul

    ReplyDelete
  2. salam..
    thanks info..
    nanti saya godek-godek
    :D

    ReplyDelete
  3. @zulkbo: RSS Feed blog Zulkbo OK. Dah check tadi =)

    ReplyDelete
  4. saya pakai divert to feedburner je. kalau nk buang smo yg ada location tu leceh sket kot sbb mmg byk gile. almost every entry ada. huhu

    ReplyDelete
  5. salam,tak berapa paham..tp nnt nk try buat lah..thanx 4 the info..

    ReplyDelete
  6. info yg berguna walaupun tak paham cam mana nak buat hehe

    ReplyDelete
  7. blog diana punyai masalah ini... nanti nak bagitahu dialah..

    ReplyDelete
  8. blog saye pon. tengok rss feed tak ada masalah . tatau kenape. sangat sedih. Y.Y

    ReplyDelete
  9. salam

    sy perasan blog sy pun ada prob ni.tp xtau nak ubah setting location tu kat mana. ke yg ni utk blogspot je?

    sy dah bbrp bulan tukar ke wordpress, sblm ni tgk kat bloglist ok je. tp sejak dua hari lepas tiba2 xupdate..

    hrp boleh bantu

    ReplyDelete
  10. Salam, maaf ye Fiq, sebenarnya saya tak berapa pandai sangat dengan Wordpress. Harap dapat minta tolong dari blogger² yang lain. Saya cadang, cuba dapatkan bantuan dr yanmieonline.com ataupun ariffshah.com. Diorang memang terror bab guna Wordpress nie.

    ReplyDelete
  11. MMyra dah cuba check utk 2 perkara kat atas, mmg post terkini ada kat atas tapi bloglist tetap tak berupdate.

    Camne ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu mungkin berpunca dari masalah RSS Feed. Dulu saya pun pernah terkena 2-3 kali sbb RSS Feed bermasalah. Nanti cuba test RSS Feed Myra k ..

      Kalau masih bermasalah jugak, cuba check dekat RSS Feed dekat Sitemap blog dlm Google Webmaster ataupun tukar RSS Feed ke Feedburner ..

      Delete
  12. asmkm, akak pun bermasalah sprt Myra Jay,bloglist x berupdate walaupun kita dah buat banyak entri baru..mcmn ye nak buat...dah try mcm2..huhu..Tq.

    ReplyDelete
  13. salam sis , saya da try feedburner smua .. can you help me ..
    email me if u willing to help ya ... so i can give u my blog email n pw .
    hellokittyholics@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah check entry blog any nadhilah smlm, okey je, mgkn entry tu lambat terindex .. ^__^

      Delete
  14. as salam sis
    blog saya pun bermasalah
    lambat update di bloglist
    dah try check feed burner tu..tp x berapa faham
    tp entry saya xde set letak location apa2
    actually selalu terjadi...cuma yg semalam nyer sampai berlalu mcm tu je entry xde masuk dlm bloglist..kecewa jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila emailkan problem Yumida ke anastasyea@gmail.com ye, nanti saya tengokkan. ^__^

      Delete
  15. tq tuan blog
    harap2 will b working

    ReplyDelete
  16. salam... saya juga menghadapi masalah yg sama.... xtahu nk buat camana dah...
    www.stylosport.com

    ReplyDelete