(YouTube) Tragedi Tanah Runtuh Di Hulu Langat | 12 Terkorban, 4 Tertimbus, 9 Diselamatkan

Setakat jam 12 tengah malam tadi, sebanyak 12 mayat telah berjaya dikeluarkan dari tragedi tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat. Sembilan lagi mangsa telah ditemui cedera termasuklah seorang lelaki dewasa berusia 22 tahun. Kini pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, Polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) masih meneruskan mencari empat lagi mangsa yang masih tertimbus dalam runtuhan itu.

Mangsa tanah runtuh hulu langat

Rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja (kesemua penghuni adalah lelaki). Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang, kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini. Kemudian berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata dan seterusnya memusnahkan sebuah bangunan setingkat dan sebuah surau berdekatan.

Mangsa tanah runtuh hulu langat

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 2.30 petang itu, sebanyak 24 orang terselamat sementara 20 pelajar dan 4 penjaga menjadi mangsa.

Senarai Nama Mangsa Tragedi Tanah Runtuh Di Hulu Langat

Mangsa yang terselamat

1) Khairul, 9,

2) Hairis *

3) Harris *

4) Akmal *

5) Aizat *

6) Alaudin *

7) Irwan, 33,

8) Din, 30,

9) Syafiz, 22,

Mangsa yang telah disahkan meninggal dunia;

1) Azrel, 8,

2) Nael, 8,

3) Shahrul, 9,

4) Boboy, 10,

5) Farid, 34,

6) Eqim *

7) Zaim *

8) Angah *

9) Rahimi *

10) Zaid Ashwal, 18,


Mangsa yang masih belum dijumpai;

1) Riz, 9,

2) Lokman, 11,

3) Fahad, 9,

4) Aiman, 10,

5) Hazim, 9,

6) Hasril, 11,

* umur tidak diketahui

Youtube : 24 orang tertimbus tanah runtuh di Hulu Langat


kredit: Mstar dan Bharian

Anastasyea : Al-Fatihah buat mangsa tragedi tanah runtuh. Semoga roh-roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..

10 dah komen. Anda bila lagi ?:

  1. Al - Fatihah.. tak tau nak kata apa kecuali kesian.. tambah2 lagi mereka anak2 yatim...

    ReplyDelete
  2. semoga mereka ditempatkan dlm kalangan org yg beriman

    ReplyDelete
  3. Entri Terkini Di Blog Saya:
    Semoga roh mereka yang meninggal dunia dalam tragedi iini ditempatkan disisi orang-orang yang beriman..

    al Fatihah..

    Aktiviti Makak Dan Mengancau Di Mukah Sarawak
    Domain Laman Web Percuma di Lot.My??

    ReplyDelete
  4. al-Fatihah. dari Allah kita datang, kepada-Nya kita pasti pulang.
    baru tahu juga berita ni tadi, itupun housemate yang inform.
    semoga segala urusan mereka dipermudahkan oleh-Nya.

    ReplyDelete
  5. Al-Fatihah.
    Anak-2 yatim tersebut masih sangat muda.

    ReplyDelete
  6. Alfatehah sesunggunya allah amat menyayangi kesemua mereka maka diambilnya dengan kejadian itu sebagai penyebab. jUSTERU sayangi mereka semasa mereka hidup!!!

    ReplyDelete

Buat masa nie, sebarang komen yang mempunyai URL akan diremove melainkan dalam bentuk text sahaja.