Kotak Hantaran Perkahwinan | Putih Silver Tema Pilihan?

Saya tak lah pandai sangat.. tapi boleh lah buat untuk majlis perkahwinan ahli keluarga sendiri atau saudara mara. Buat kotak hantaran nie pun memang minat saya. Ingat saya tak ada skill ke? He! He!

Gubahan Hantaran Perkahwinan

Apa yang penting kena fikir dulu tema warna dan konsep pekahwinan. Lepas tu saya akan tengok² website tentang gubahan hantaran perkahwinan untuk cari idea. Atau biasanya saya suka terus pergi ke kedai sebab kat sana saya boleh tengok² bunga hiasan, jenis kotak , pelbagai reben dan macam² lagi. Mungkin idea yang saya fikirkan tu boleh dikembangkan lagi. Jom tengok macamana cara saya membuat sendiri kotak hantaran perkahwinan. Mana lah tau, anda suka boleh ikut cara gubahan saya.

Gubahan Hantaran Perkahwinan
Antara barang² yang perlu adalah kotak hantaran, reben saiz besar dan sederhana, bunga hiasan, gam uhu, gunting dan cutter.

Gubahan Hantaran Perkahwinan
1. Buat cross menggunakan reben yang bersaiz sederhana pada atas kotak seperti contoh diatas

Gubahan Hantaran Perkahwinan


2. Tindihkan reben bersaiz sederhana diatas reben bersaiz besar. 

Gubahan Hantaran Perkahwinan
3. Gulung reben yang ditindihkan mengikut saiz yang dikehendaki kemudian guntingkan

Gubahan Hantaran Perkahwinan
4. Lekatkan menggunakan gam uhu seperti diatas

Gubahan Hantaran Perkahwinan
5. Ulang langkah 2 dan 3, kemudian buat seperti diatas

Gubahan Hantaran Perkahwinan
6. Potong 3 atau lebih kuntum bunga

Gubahan Hantaran Perkahwinan
7. Letakkan gam uhu dibawah keliling bunga dan daun dalam kuantiti yang banyak kemudian lekatkan atas reben. Susunkan mengikut kreativiti sendiri.

Gubahan Hantaran Perkahwinan
Inilah hasilnya ! Tema putih silver menjadi pilihan

Cuti sekolah lah musim orang nikah kahwin. Buat bakal pengantin baru yang belum sediakan kotak hantaran perkahwinan, jangan pening² nak fikir sangat. Cubalah buat sendiri dengan mengikut cara² yang saya tunjukkan nie, lepas tu cuba ubahsuai mengikut kreativiti anda supaya lebih menarik lagi.

Anastasyea : Gubahan hantaran perkahwinan, simple tapi menarik !

22 comments :

  1. cantiklah tema kaler silver n putih.. :) pandai anas gubah..

    Jom baca ni :Relationship Skill

    ReplyDelete
  2. cantilah tema kaler silver n putih.. :) pandai anas gubah..

    Jom baca ni :Relationship Skill

    ReplyDelete
  3. wow. kretifnya. simple aje gubahan ni. nice =)

    ReplyDelete
  4. yo lah..kalau kenduri umah den pun edn buat sendiri..sampai hias buah pun diorg suh den buat..hahahah
    tangan seni

    ReplyDelete
  5. simple..tapi tetap menarik.. paling penting senang nak dibuat..:)

    ReplyDelete
  6. wah..cantik..pandai deko ye..=)

    ReplyDelete
  7. cute. simple jep. klw de ksempatan. bole jugak tunjuk cara nak gubah sejadah utk hantaran. teringin nak tawu. :)

    ReplyDelete
  8. Pandai buat hiasan untuk hantaran Perkahwinan rupanya..

    Lepas ni tentu ada orang yang berminat untuk membuat tempahan..

    Entri Terkini Di Blog Saya:
    Bagaimana Untuk Mengundi Blog Pilihan Anda??
    Tips Blogging: Semak kelajuan “Loading Page” Blog Anda

    ReplyDelete
  9. adik ipar sy suka sgt wt gubahan cmni, hikk...

    latest en3: segmen bloglist abgteror

    ReplyDelete
  10. dulu masa akak kawen pun buat sendiri..hehehe

    ReplyDelete
  11. cantik n mcm senang jer nk buat...yg penting kosnya .....jimat kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu .. yang penting jimat. Nak kahwin nie, memang kena pakai duit banyak. Jadi kena la berjimat cermat sikit. =)

      Delete
  12. tulah bahan n barang dah beli mmg nak tiru hantaran kat atas nie...mohon izin yer...

    ReplyDelete
  13. Mudah...Senang...Cantik..Menarik.. Jimat !!! I like it..

    ReplyDelete
  14. nk tanye nk beli bekas kotak lutsinar hantaran tu kat mana?tq
    from ayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni, banyak dijual di kedai yang menjual barang perkahwinan. Ada banyak saiz. Tanya la nanti .. ^__^

      Delete