HTC Desire S | Hak Milik Kekal

Debaran menunggu keputusan 'hak milik kekal' HTC Desire S dari Maxis sememangnya memeritkan. Apatah lagi bila memikirkan .. adakah kesemua tugasan yang telah disiapkan .. memenuhi 'kriteria' yang diinginkan.

Maxis10 Reviewers Programme HTC Desire S

Setelah hampir 3 minggu menunggu, akhirnya semalam terima juga email dari Maxis. Rasa berdebar-debar nak membuka dan melihat kandungan email tersebut. Dalam fikiran asyik terfikir .. keputusan yang negatif sahaja. Huhuhu .. memang takut. Takut-takut keputusan tersebut mengecewakan saya.

Namun saya gagahkan juga membaca. Setelah diteliti berulang-ulang kali email tersebut dan mendapat pengesahan dari rakan-rakan yang terlibat dalam review HTC Desire S. Akhirnya .. saya mampu tersebnyum seorang diri. HTC Desire S yang bernilai hampir RM1800 .. sah menjadi milik saya. Terima kasih Maxis kerana memberi hadiah yang tak ternilai ini kepada saya.

maxis10 htc desire s

Anastasyea : Walaupun hari lahir sya lagi 2 bulan. Namun inilah hadiah yang paling bermakna yang saya terima. Terima kasih Maxis !

10 comments :

  1. wow, beruntungnya. best2. mmg hadiah harijadi yg bermakna sgt2. bila la bley sampai tahap dpt review dan giveaway camni ye. hehe. apa2 pon tahniah sekali lg :)

    ReplyDelete
  2. wahhh untungnya
    ala akak kan dh ada hp htc kan?
    jual la kat sy yg ni
    hehe

    Entry Terkini:
    Semalam boleh tengok ASTRO FREE, hari ni kenakan cas USD 10 pulak?

    ReplyDelete
  3. wahh! bertuahnya...takyah tunggu hari jadi pun dah dapat hadiah...dapat htc desire s lak tu... :)

    ReplyDelete
  4. tahniah akak, kalau dah rezeki tu tak kemananye

    ReplyDelete
  5. fuiyoooo... tahniah! haaaaa.. kan cah cakap dulu.. dapat nyer.. hehehe
    Makan Sushi dan Sedut Hingus!

    ReplyDelete
  6. Selamat ya, Tahniah.
    Anda beruntung dan pantas menerimanya.

    ReplyDelete
  7. memang blogger otai ni...terbaik...

    ReplyDelete