Demam Campak | Petua Orang Tua

Sekarang nie musim budak² kecil kena demam campak. Kesian betul tengok budak² kecil terutama yang berumur 4 tahun ke bawah. Lesu bila demam, ruam merah merata badan, selesema dan batuk². Nak cerita sakit yang dialami tak tahu nak cakap macam mana. Jadi, sebagai ibu bapa kepada anak² yang dijangkiti demam campak, beri lah perhatian dan penjagaan yang sepenuhnya kepada mereka.

petua bayi demam campak
image kredit : onebonez

Selain memberikan ubat seperti panadol syrup, syrup tahan gatal dan ubat sapu pada badan, apa kata anda  cuba gunakan pengalaman saya dalam menggunakan petua orang tua²  untuk ruam² merah tu keluar dengan cepat antaranya :
  • minum air kelapa yang segar dari pokok kelapa
  • beri makan sup ayam

daun semambu petua demam campak
Gambar Daun semambu

Eubos Cream Bath Oil demam campak
Gambar Eubos Cream Bath Oil

Untuk mengelakkan gatal² pada badan pula, guna lah daun semambu dari pokok semambu dengan meletakkan daun itu dibawah cadar dan bantal sebagai alas. Untuk mandian, cuba gunakan sabun berjenama Eubos Cream Bath Oil dan dicampur bersama air mandian daun semambu yang direndamkan di dalam kolah air mandi / baldi air. Gunakan setiap hari. Insyaallah, bintik-bintik demam campak akan mula kering dengan cepat.

Kalau boleh, jangan lah hantar anak² yang terkena demam campak ke pusat asuhan kanak² / taska sebab nanti kanak² lain boleh terjangkit sama. Tapi sebaliknya berlaku, Saya pernah melihat sendiri ada sesetengah ibu bapa yang hantar juga anak² mereka dengan memberi alasan mereka susah nak cuti sebab majikan syarikat swasta biasanya boleh beri cuti 2-3 hari saja. Masa nie, pengasuh² di pusat asuhan tak dapat nak kata apa² komen.

Akhir sekali, Saya nak tanya..tahu tak anak² anda telah diberi suntikan imunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) ketika usia mereka 1 tahun, dan kali kedua suntikan imunisasi adalah sewaktu usia anak² anda 4-5 tahun?  Kalu tak ingat, sila rujuk kad Rekod Kesihatan Dan Perkembangan Kanak² yang diberi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Jadi, kena lah pastikan yang anak² anda telah / akan mendapatkan imunisasi MMR ini di klinik kerajaan atau klinik swasta.

Anastasyea : Kali kedua dan kali terakhir kena demam campak sewaktu di tingkatan 3..

20 comments :

  1. oh..
    Tk pnh kena masa skola rendah dulu..
    mmg x selesa sangt..

    ReplyDelete
  2. Ini tips yang bermanfaat untuk kesehatan keluarga.

    ReplyDelete
  3. baru kena abis satu keluarga x baik lagi nih

    ReplyDelete
  4. haha..
    2 lah kan ..kesian jugak bile tgk budak2 yang kena deman campak ni..

    bintik2 x senang duduk ase ye...

    hish hish..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah dalam sjarah family x prnah kena lagi cikenpox ni.. :)

    -->--> Tips Menghadapi Cuaca Panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. dlm sjrah fmily sy pun x pnh yg kna tp la ni time prgnt blh kna plak,huhuhuhu...lnguh2 1 bdn mcm nk nangis.gtal2,tkut jngkit kt kndungan je.

      Delete
  6. demam ni boleh dikatakan semua akan merasa.klu tk kene time budak,kene time dewasa.mintaknya kene time budak,kesannya tak lah nmpak sgt.tp bila kene time dh besar tu yg lambat kesan nak ilang tu...

    ReplyDelete
  7. dulu kena demam campak masa seminggu nak cuti akhir tahun...
    cakap kat pengetua dan tunjukkan bukti, terus dapat bercuti seminggu awal... hahaha...

    ReplyDelete
  8. Demam campak kena jaga betul-betul. Kalau demamnya panas sangat merbahaya.

    Selalunya untuk hilang miang campak tu, letakkan daun bamboo (bukan daun buluh) di atas tempat tidornya, iaitu letakkan daun bamboo atas tilam dan hamparkan kain di atas daun2 tu

    ReplyDelete
  9. Kedua-dua anak saya kena demam campak masa bayi lagi..

    Nasib baiklah anak-anak saya dijaga oleh pengasuh.. Jadi tak perlulah ambil cuti..

    Terima kasih di atas perkongsian yang diberikan.. Lepas ni tahulah macamana nak buat bila anak kena demam campak..

    Entri Terkini Blog saya:
    Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Dapat Menarik Trafik Ke Blog Anda??
    Apakah Sumbangan Atau Kebaikan Pertandingan Ini Kepada Rakyat Malaysia
    Mohon Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Menyemak Status Pendaftaran Blog Anda

    ReplyDelete
  10. semuga dia cepat sembuh...

    ReplyDelete
  11. Terima kasih kerana sudi kongsi petua. Semoga baby cepat sembuh... ;)

    ReplyDelete
  12. salam utk semua...now my baby pun tgh kena campak..itu pun sebb berjangkit dgn sya...umr bru 10 bulan...asyik nangis...sedih tgok keadaan dia...

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. Usaha la guna petua ni, semoga cepat sembuh ..

      Delete
  14. Rase better kena masa kecik...dah besar br kena memang sengsara

    ReplyDelete
  15. kasì bananget, semoga cepet sembuh aja ya..

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete