Spamming Hashtag #Maxis10 | Sorry la Bro !

Kalau korang baca entry semalam, Suka hati la nak ping kat mana pun ! ! Sumpah  .. saya tak tahu yang abg handsome tu nak maksudkan tentang benda lain. Nak mention nama. Sorry la ye ! Saya bukan jenis suka memburuk²kan orang. Kat sini saya lebih kepada menyuarakan pendapat saya je. Terasa atau tak .. ikut suka hati la. Saya tak marah pun.

spamming hashtag twitter

Pasal semalam tu. Rupa-rupanya .. abg handsome tu nak tegur jangan spamming hashtag #MAXIS10. Sorry la bro. Bukan niat saya pun nak spamming hashtag tersebut. Maklumlah .. saya nie bukannya budak IT pun. Belajar pun takat SPM dan baru berjinak-jinak dengan Twitter. Kalau pasal spamming email tu .. selalu gak terbaca.

Lagipun kalau abg handsome tegur baik-baik dan jelas. Saya tak la terkejut. Bahkan saya anggap tu sebagai teguran yang membina.

Pasal spamming hashtag tu. Saya minta maaf lah ye ! Mungkin dah tabiat saya apabila dah publish entry .. terus submit kat semua website ping. Jadi bila keadaan macam tu .. hashtag yang terkumpul dekat #MAXIS10 .. dianggap sebagai SPAM.

Nasib baik la ada Kujie dan Yanmie yang sudi memberi teguran dan cara untuk menyelesaikan masalah ini dengan cara yang bijak, Ping Pada Masa Yang Tepat Untuk Nampak Smart Jadi .. dapat la elak masalah ini dari berulang.

spamming hashtag

Anastasyea : Kepada semua yang terlibat dengan family #Maxis10, saya minta maaf banyak-banyak ye !.

15 comments :

  1. nak ping ikut timing tu sbnrnya memerlukan kecekalan nafsu yg tinggi. sbb once dah ping, rs cm nk ping kt smo tmpt je. heheh

    ReplyDelete
  2. Lepas nie .. kena ping selang sejam :)

    ReplyDelete
  3. be cool ya cik anastasyea
    sama2 belajar :)

    ReplyDelete
  4. ler camtu ke? sy xpaham sgt hashtag2 nie..tau bukak je twitter..hehe..
    Jom Lawat: Blog Bardboo DAN Sweet Child
    Hadiah Menarik Untuk Yang Tersayang

    ReplyDelete
  5. masa sis dulu...
    mmg ping direct ikut selangorblogger, johoeranbloggers, kelantanbloggers sekali jer..
    taktau lah ada ditegur tak..hahaha..

    ReplyDelete
  6. @DaHLia Mungkin dah nasib saya mcm tu. Nak buat macam mana. Tapi kalau difikir-fikirkan .. bagus gak sebab ada ahli keluarga #MAXIS10 datang bertandang ke blog nie :D

    ReplyDelete
  7. @miss nina Sama-sama belajar dari kesilapan :D

    @bArdbOO Saya pun tak berapa pandai pasal hashtag nie tetapi ianya lebih macam satu kumpulan :D

    ReplyDelete
  8. ok bro maafkan

    cara nak ping blog biarlah berkala.. bagi masa anatar satu ping dengan satu ping...

    macam bro setiap setengah jam or sejam baru ping lagi satu...

    lagi satu, hashtag #maxis10 memang ramai yang pantau...

    klik link nie untuk ke
    BroFramestone Blog

    ReplyDelete
  9. @Bro Framestone OK .. terima kasih.
    Next time saya tak buat lagi :D

    ReplyDelete
  10. beli ikan barang sekati,
    harap x simpan dalam hati

    ReplyDelete
  11. Buah pala dalam taman,
    Memang saya tak simpan. :D

    ReplyDelete
  12. Bukan apa, bila dh spam hashtag tu org yg search psl maxis10 xjumpa apa yang dicari..yup, sekarang ni ramai yang akan bertandang ke blog reviewers maxis10 sbb dorang lebih yakin baca pasal gajet terbaru. orang2 kt twitter akan search #maxis10 tuk tau perkembangan terbaru..kalau tweet apa2 pasal desire S letak la #maxis10..senang orang nk follow.. :) good luck!

    ReplyDelete