Petua Sakit Tekak!

Alamak .. makin sakit la tekak ni. Nak tidur pun susah. Terbatuk² .. Jam dah pukul 2.11 am. Esok nak kena bangun pagi awal!.. Iskhh! tak boleh jadi nie. Kena Google jap ..cari petua menghilangkan sakit tekak. Harap² boleh la kasi lega sikit..

Petua Sakit Tekak
Ubat batuk dah makan .. tapi masih rasa perit!

Petua pertama yang saya dapat dari Google. Guna asam jawa. Perah dalam air .. kemudian minum. Nak taruk gula atau bahan manis .. ikut suka hati korang la. Janji .. jangan manis sangat. Nanti sakit lain pula yang datang.

Yang kedua .. guna asam keping. Ambil beberapa keping asam gelugur, kemudian bakar hingga hangus. Selepas itu, tumbuk dan gaulkan dengan sedikit air sirih. Kemudian sapukan pada bahagian tekak yang sakit. Insya Allah .. sakit tekak anda akan cepat sembuh. Emm .. yang nie, saya susah sikit nak ikut. Kalau setakat asam keping tu .. boleh la cari kat dapur. Tapi yang bab air sirih tu .. mana la nak cari malam² buta nie. Kalau kat kampung .. lain la.

Petua No3 .. kena guna buah kembang semangkuk. Kena rendamkan sebiji .. dalam sebuah mangkuk dan minum airnya. Kalau nak dua tiga biji tu (kasi extra power) .. terpulang kepada anda. Saya tak kisah. Tapi syarat utamanya .. mesti kena rendam dalam mangkuk. Kalau guna cawan ke .. pinggan ke .. tak mujarab. Sebab dah tak sama perkataan 'mangkuk'. Nie bukan saya yang cakap ekk! Ahli nujum yang cakap! Hehehe ..

No 4 pula .. kira first time bagi saya. Bahannya .. Sundae cone McDonalds a.k.a McD. Murah dan mudah dicari. Kalau nak .. pergi je McD .. beli Sundae cone satu. Kemudian makan. Harga pun murah .. dalam RM 1.05 macam tu. Kemujarabannya .. saya tak berapa pasti sebab tak pernah try lagi. Esok .. mungkin boleh kot. Tapi yang tertulis kat sini .. katanya .. doktor pun suggest macam tu. Huhuhu! Senang betul doktor tu kan! Suruh makan McD je dari ubat.

Anastasyea : Asam jawa dah habis .. asam boi ada la. Boleh kot!

15 comments :

  1. petua no 4 tu aQi x pnh dgr lg sblum ni..
    tp rse cam nk cube gak lah t..
    hehe..
    info menarik..:D

    ReplyDelete
  2. baru tau kalo sakit tekak kena mkn eskem.. hehe..

    ReplyDelete
  3. ~semoga dipermudahkan kehidupanmu wahai teman~

    betul semua petua2 yg Anas cri & geogle..termasuk pasal ice-cream tu, tp syaratnya makan waktu malam, jgn waktu tengahari panas terik mentari,..nanti makin sakit.

    Dan utk emengency tengah2 malam nie, buat air asam jawa+garam skit... pastu minum.

    Atau rendam asam gelugor, guna air suam + garam skit.. pastu minum.

    Paling senang, minum air suam+garam.. emm insyaAllah... sebelum tu apa2hal bacalah selawat 3X.

    Kurangkan makanan yg berunsurkan minyak. Dan esok cri gula2 Hacks Hitam,.. pastikan sentisa ada dlm mulut.

    InyaAllah.. cepat lega skit tekak tu...

    Entry Terkini : Panduan Perpustakaan Keluarga - Tempat

    ReplyDelete
  4. hehe.. kat rmh aida ada kot daun sirih.. :)

    ReplyDelete
  5. eh eh petua yg last tu best la... sgt membahagiakan hehehehe

    ReplyDelete
  6. TQ Byk info yg berguna ok saya follow

    ReplyDelete
  7. cikgetah pon dah dekat seminggu asik batuk n sakit tekak jek..dah minum ubt batuk n madu tapi uh,,,,,aduh sakit lagi !

    ReplyDelete
  8. kali pertama dgr petua #4 tu.. klau cmtu McD kna bukak 1 kaunter khas.. 'kaunter ubat', hukk...

    latest en3: ~ no & never ~

    ReplyDelete
  9. sundae vanila tuh betui....
    ada lg satu kalo pergi tesco atau supermarket besar beli jelly buah,bukan nata dicoco lak...jelly nih kat bahagian air yogourt..mesti jumpa.....makan 2 mangkuk,esok pagi dah kurang...nih doktor hospital yg syorkan.....hehehhe

    ReplyDelete