Luahan Hati | Anda Berani !

Berani ke nak meluahkan perasaan korang kalau tak puas hati dengan apa yang korang rasa selama nie ? Nak luah kat Facebook? Twitter ? Boleh.. Silakan..

anastasyea di pantai
Layan perasaan !

Tapi, tak takut ke kalau nanti, apa yang anda luahkan sampai ke telinga pengurusan. Lepas tu .. kena tindakan disiplin ! Tak pun terus di diberhentikan kerja. Haahh ! Lain yang ingin lakukan. Lain pula yang jadinya.

Kes macam nie dah banyak saya dengar. Sebab itu lah sejak dari dulu lagi prinsip saya tidak mahu menjadikan sebarang laman sosial sebagai tempat saya melepaskan amarah atau tekanan perasaan. Memang bahaya!

Daripada layan perasaan tu, baik layan blog lagi bagus ! Tulis benda yang boleh berikan galakan atau kebaikan kepada individu lain. Contohnya, beri tutorial atau info pada blogger² yang baru nak meningkat naik dalam dunia blog. Itu lagi bagus!  Sepanjang hayat akan dikenang.

Ada ilmu pun. Buat apa nak kedekut ! Bukannya boleh bawa masuk dalam kubur pun. Lepas tu fikir pula macam mana nak meningkatkan kualiti entry dan  memperbaiki kelemahan yang ada. Lagi best!

Anastasyea : Malas nak buat gosip² !

15 comments :

  1. macma sedih jerrr...luahkan kalau ade rase sedih..jangan tipu diri sendiri dengan buat2 hepy yerr..smile

    ReplyDelete
  2. luahan kat komen sini aje lah.. hehhee

    ReplyDelete
  3. betul tu,simpan je dalam hati

    ReplyDelete
  4. saya setuju.Kadang-kadang bila tengah emosi,tak perasan apa yang kita luahkan.Tetiba je ada yang baca dan sampaikan..huhu Haru jadinya..Baik buat tutorial kan.Boleh bantu orang baru macam saya ni..:) TQ

    Entri Terkini: Tudung D'Haja..

    ReplyDelete
  5. Betul tu..tapi kadang2 saya suka meluahkan perasaan melalui sms or email kepada orang yg saya tak puas hati

    Ayat yg saya gunakan tu tak terlalu keras...just sekadar menyindir ajer :D

    ReplyDelete
  6. senang kata berani kerana benar, takut kerana salah, jika sesuatu itu memang ternyata benar, apa nak dirusaikan utk diluahan..hihhi

    ReplyDelete
  7. betul tu..buat cerita yang menyakitkan hati orang nak buat apa.

    ReplyDelete
  8. Salam, saya sokong pendapat anda! moralnya cerita bender baik sudah kat alam siber nie tak de risiko itu nie kann :)
    New Entry "Laman Mat Kilau Jerantut"

    ReplyDelete
  9. salam..
    kurang minat nak bereaksi
    saya kalau di FB ni..ramai benor
    saudara mara yang membacanya nanti..
    ada masaalah seatle lah kt luar

    ReplyDelete
  10. setuju sangat..
    walau dalam blog, penulisan biar berlapik..
    usah marah2, hentam2, kutuk2 x tentu pasal..
    TK pun kurang minat bergossip..

    ReplyDelete
  11. baik wt en3 yg berkualiti drp layan gosip yg ntah apa2 kn, huh...

    latest en3: ~ aku, dia & vintage photo contest ~

    ReplyDelete
  12. bagi mereka itu hak mereka bersuara
    tetapi,
    ada batasnya kan?

    ReplyDelete
  13. setuju dgn kamu..sbb penulisan mencerminkan personaliti..waktu marah atau sedih emosi x stabil dan mungkin tertulis sesuatu yg kita sesali kemudiannya..

    ReplyDelete
  14. Pernah kenal orang yang mengalami pengalaman ni...dia tulis dlm blog tentang politik di tempat kerjanya...ada staff yang mengadu pada boss dan kawan tadi dibuang kerja serta-merta....kesian sangat....marilah kita jadikan pengajaran...setiap apa yang ingin ditulis, perlu diteliti dan difikirkan sebelum menekan butang 'enter'....

    ReplyDelete
  15. Sambil menyumbang ilmu, dapat juga pahala kebaikan :-)

    Panduan Tips Pemakaian Kaca Mata Hitam

    ReplyDelete