RON97 Naik 10 Sen Lagi Tengah Malam Ini

Tengah malam ini, harga minyak petrol RON97 akan dinaikkan lagi sebanyak 10 sen kepada RM2.50 berbanding RM2.40 sebelum ini. Kenaikan harga RON97 merupakan kenaikan harga yang keempat berturut² bagi petrol RON97 semenjak ia diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa.

petrol RON97
Harga petrol RON97 akan mula naik 10 sen seliter mulai tengah malam Isnin (31 Jan 2011)

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.40 pada 4 Januari tahun ini. Bagaimanapun kenaikan ini tidak akan menjejaskan harga petrol bagi jenis RON95 yang kekal pada RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram.

Anastasyea : Bila harga minyak naik .. pasti harga barang akan meningkat juga.. pening! pening!

19 comments :

  1. erm tak pernah turun pun..
    nasiblah sis dah isi penuh kelmarin..tp dah tinggal separuh..hehehe

    ReplyDelete
  2. nasib kiter selalu pakai yang 95 punyer hahaha,,naik la lagi minyak saya suka,,:) (grrr,,,)

    ReplyDelete
  3. betul . bila naik harga minyak akan mempengaruhi seluruh harga barang . huhhhuhu . pening terus nak manage kewangan ....

    ReplyDelete
  4. Hoooyeeee!!! minyak naik harga, tapi gaji x naik2.. Tahniah sgt2 la pd kerajaan Malaysia..Jasamu di kenang smp bila2... ku kenang mu dlm kebengangan...hohohoho..

    ReplyDelete
  5. ron97 dah di apung ikut harga pasaran.. nak buat cam mana..

    ReplyDelete
  6. Camne boleh terlepas pandang bende ni semalam??

    ReplyDelete
  7. dulu selalu gak isi RON 97, tapi makin lama naik sikit-sikit. That enuff! i come to you RON 95!

    ReplyDelete
  8. arghh biaq betol..? tensi2..
    kerajaan kita kaya, tapi tetap nak naikkan harga

    ReplyDelete
  9. mmng sudah di jangka..tahap menaik yg membanggakan...huhuhu...

    ReplyDelete
  10. argh...giler2...memang tak bergerak la kete2 spot tu...

    ReplyDelete
  11. naik lg...ksian kat student yg guna kete..tp iqa guna 95 pny myk hehe

    ReplyDelete
  12. bagus kerajaan kita kan...rakyat didahulukan...

    ReplyDelete
  13. dan akan terus2an menaik setiap bulan... :)

    ----------
    my latest entry:-
    Sketsa Sebuah Kisah Aku Yang Khilaf..
    http://aidyshahiezad.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. ape bleh buat...knape la kerajaan kita ni asik terumbang ambing di lautan tamak dunia je...tak boleh ke malaysia pulak jadi ombak

    ReplyDelete