RM12,608.20 Hasil Blogging Untuk Bulan Januari 2011| Biar Betul!

Wow! Tengok la gambar kat bawah nie. Pendedahan eksklusif Redmummy (RM) mengenai pendapatan akaun Nuffnang beliau bagi bulan Januari 2011. Siap buat screen shot lagi. Memang sah² mencecah 5 angka. Sebelum nie .. mana pernah beliau buat macam nie. Jadi .. kepada yang masih ragu² tu .. tengok la puas² ye!

Redmummy Income online
RM12,608.20 sebulan .. banyak tu!!!

Kalau anda nak tahu .. dulu masa saya mula² aktif berblog pun .. sebab teruja dengan kenyataan beliau dalam akhbar bertajuk 'Blog sumber rezekiku'. Walaupun secara sambilan .. Redmummy masih kencang buat duit kat situ. Jadi masa tu saya terfikir .. why not kalau saya pun mencuba. Walaupun tak lah sekencang Redmummy .. sekurang²nya dapat jugak duit bonus hujung tahun. hehehe!

Jadi sekarang .. alhamdulilah .. dapat juga saya collect hasil kat sini. Walaupun tak banyak mana .. memadai la kalau dianggap sebagai 'duit bonus' hujung tahun. Kalau anda tak percaya .. cuba tengok post ini; Payment Nuffnang RM 1,382.25, YouthSays RM109.00

Selain itu .. bukan setakat itu sahaja yang ditunjukkan oleh Redmummy kali blog beliau kali ini. Cuba anda tengok kat bawah tu. Hasil terkumpul Redmummy bagi akaun ChurpChurp. Semuanya RM1508.19. Wooo .. banyak betul. Saya nak dapat RM100 kat sini pun masih belum lepas. Nie kan pula nak cecah RM1000.

Redmummy Income online
Image credit: Redmummy.com

Post yang pernah saya buat mengenai Redmummy:
Anastasyea : Jadi kepada yang masih menafikan Redmummy boleh kaut ribu² bila berblog .. lupakan je k. Tak ada faedahnya buat gosip sana sini. Kalau rajin berusaha .. tak dinafikan anda pun boleh berjaya...