Cara pertama adalah dengan menggunakan plugin Mozilla Firefox NoDoFollow. Bagi pengguna Internet Explorer dan Google Chrome, anda boleh menggunakan plugin seperti SeoQuake, Chrome SEO dan banyak lagi plugin lain yang boleh diperolehi secara percuma di Internet.
Selepas anda memasang plugin NoDoFollow tersebut, dan ianya tidak berfungsi seperti gambar dibawah, yang mempunyai warna biru dan merah, anda hanya perlu klik kanan pada tetikus dan klik pada NoDoFollow. Perkara yang sama juga harus anda lalukan sekiranya ingin disable plugin tersebut.
Cara kedua untuk mengetahui blog tersebut DoFollow atau tak, adalah dengan melihat pada source code html blog tersebut. Bagi pengguna Mozilla Firefox dan Google Chrome, hanya perlu tekan CRTL+U pada keyboard dan search rel='nofollow'. Sekiranya terjumpa code tersebut, blog itu adalah blog NoFollow.
Anastasyea : Harap anda akan lebih faham apa tu DoFollow dan NoFollow selepas ini.



