Harga Petrol RON97 Naik 10 Sen Seliter Malam Ini

Terkejut saya tadi bila mendapat tahu bahawa harga petrol dinaikkan lagi. Ingatkan selepas kenaikan 1 Dis 2010 lalu. Harga petrol tak akan dinaikkan lagi sampai pertengah ataupun hujung tahun 2011. Nie belum nak panas punggung .. dah naik lagi. Rasa macam masih terdengar² lagi member² kat opis berdebat pasal harga petrol yang dinaikkan pada 1 Dis 2010 lalu.

harga petrol RON97 naik 10 sen
Harga petrol RON97 dan minyak tanah naik 10 sen seliter mulai tengah malam Selasa (4 Jan 2011)

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing akan naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam Selasa, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.
Berikutan kenaikan ini, harga petrol RON97 akan naik kepada RM2.40 seliter berbanding sebelum ini iaitu RM2.30 seliter. Sementara itu pula, harga minyak tanah pula akan dinaikkan menjadi RM2.50 seliter. Harga petrol RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, dinaikkan sebanyak 15 sen pada 1 Dis lalu, menjadikan RM2.30 seliter.

Namun, kenaikan ini tidak akan menjejaskan harga petrol bagi jenis RON95 yang kekal RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram. Menurut laporan harga minyak yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec), harga minyak semasa  meningkat kepada US$89.79 mulai minggu ini

Anastasyea : Nampak gayanya .. dalam tahun 2011 nie mesti akan ada lagi kenaikan harga petrol dan diesel lagi..

18 comments :

  1. Alamak naik lg. Rasanya cam baru je naik hr tu. Anyways, sy baru tau pasal hal ni. TK.

    ReplyDelete
  2. haihh....tak abes2 kesah minyak ni....

    sabor jelah...

    ReplyDelete
  3. bilalah umat nak bangkit ni? dok menonong je bila hak rakyat dirompak

    Keratan Akhbar Terbaik Sepanjang 2010

    ReplyDelete
  4. salam..
    besok mulakan
    hari mu dengan
    ber beskal..he he

    ReplyDelete
  5. dah naik putus asa dah pasal harga minyak ni...jangankan kata petrol..minyak diesel...even minyak masak pun dah ada gaya2 macam nak naik harga~~

    Gorengbaek - Pesan cikgu kat sekolah adik aku aritu..bijak2~~

    Hangit habis dah - Makin lama aku hidup.makin bosan dibuatnya...

    ReplyDelete
  6. kalau rakyat juwatan semua tak pe....aduh tak fikir langsung....kita guna hak kita nanti

    ReplyDelete
  7. xlama dah tu, 2 3 hari lagi naik lah pula ron95.. bersedia lah rakyat 1malaysia... :(

    ReplyDelete
  8. salam
    naik minyak, naik harga barang, naik darah hehehe

    jom sertai 1st GA JINKAMEN

    ReplyDelete
  9. camni gune minyak masak lah...ha ha ha ha

    ReplyDelete
  10. Depa orang kaya2, menteri2 tak pernah tuang minyak keta dgn duit poket sendiri. Cuba seminggu sekali nyamar jadi rakyat jelata tuang minyak sendiri, naik bas ka, beli minyak tanah ka.....

    ReplyDelete
  11. @s.y.a.r.q Minyak masak pun sekarang tak ada stok sbb kena sorok dengan pengedar. Tak lama lagi .. minyak masak pun mesti naik harga. Emm .. bila la kerajaan nak ambil tindakan. =(

    ReplyDelete
  12. tu lah bru je naik kan ni naik lg..haiyaaa

    ReplyDelete
  13. naek lagi?? huhuhu. jenuh la kalau ini macam. dah hampir 3 kali kot minyak ni naek dalam tempoh 6 bulan [if i tak silap la]

    ReplyDelete
  14. orang oku seperti saya nak cakap ape.... hanya meneteskan air mata dan mengangkat tangan memohon kpd tuhan agar memberi petunjuk dan membalas kepada pemimpin yang ada supaya dibuka mata hati mereka meenting rakyat...amin

    oku jb

    ReplyDelete