Auto Backlink, SEO dan Peningkatan Trafik Percuma ke Blog Anda!

Dah banyak kali saya mendengar mengenai rungutan daripada blogger² mengenai entry penulisan blognya dicedok bulat² ataupun diubahsuai tanpa meninggalkan sebarang kredit ke entry asal. Jadi bila dah jadi macam tu, ramai yang marah! Orang penat² cari idea, orang tu senang² saja copy paste dan masukkan dalam blog lain. Jadi, bila situasi tersebut terus menerus berlaku, ramai bloger² mula mencari pelbagai alternatif untuk menghalang aktiviti copy paste tersebut. Antaranya adalah dengan menggunakan JavaScript untuk Disable copy paste, cut and right click.

copy paste sharing method
Cara mudah untuk memaksimumkan fungsi copy paste dalam meningkatkan auto Backlink, SEO dan trafik percuma ke blog anda!

Akan tetapi, sekarang ada cara yang lebih mudah tanpa perlu disablekan fungsi tersebut. Selain itu,  anda juga akan memperolehi backlink, SEO, dan peningkatan trafik percuma sekiranya bahan tersebut dicopy paste dari blog anda. Caranya mudah sahaja. Hanya perlu menggunakan Tynt Insight, anda tidak perlu lagi untuk penat² diable copy paste cut and right click. Cara pendaftaran dan pemasangan adalah seperti gambar dibawah:

copy paste sharing method
Anda hanya perlu mendaftar secara percuma di Tynt Insight.

copy paste sharing method
Disini, anda boleh memilih setting mana yang anda mahukan. Kemudian klik 'Update Preview' dan contoh tersebut akan terhasil seperti gambarajah dibawah.

copy paste sharing method
 Selepas itu, dapatkan script dengan klik 'Get Your Script'

copy paste sharing method

Copy code tersebut. Kemudian log in ke dalam Blogger anda. Klik  Design > Edit HTML > Klik Expand Widget Templates > Klik CRTL+F dan cari <head>. Selepas code <head>, pastekan code tadi dan klik save.

Untuk makluman lanjut, anda boleh melihat bagaimana Tynt Insight berfungsi melalui Youtube dibawah ini.


Anastasyea : Sekarang, idea penulisan dalam entry anda akan lebih selamat dan menghasilkan backlink, SEO dan trafik percuma ke blog anda walapun beratus ribu pengguna membuat salinan ke dalam blog mereka.
.