Segmen: Anda buat .. Anastasyea Komen!

Nie adalah segmen pertama yang saya anjurkan. Niat tu .. hanya nak membantu dan memberikan serba sedikit idea yang tak seberapa nie kat blogger² baru. Mana la tau .. kot² .. apa yang dicurahkan .. dapat membantu menaikkan semangat blogger² baru untuk terus menceburi dan memeriahkan dunia blog kat Malaysia nie. Saya hanya memberikan pandangan .. yang lain tu terpulanglah kepada tuan punya blog samada nak guna atau tak. Okies ..

Jangan lupa letak header dan link ke blog nie  ..

Ok .. nak join tu .. first, anda kena buatkan satu entry pasal segmen nie. Kenapa??? Sebab saya nak tahu matlamat anda yang nak join segmen nie .. samada betul² atau sekadar nak main². Tapi .. kalau dah buat tu .. harap² memang betul la ye! Nanti dah buat .. sila letakkan link entry tersebut kat ruang komen. Nanti senang saya nak collect dan buat list. Tarikh tutup .. 31 Dis 2010.

Apa yang perlu ada dalam segmen ini ..
  1. Letak header dan link blog anastasyea ..
  2. Tajuk entry - Bebas.. terpulang kepada kreativiti anda!
  3. Body entry:
    •  Anda kena cerita tentang target yang anda nak capai bagi tahun 2011.
    • Siapa idola anda dalam dunia blog di Malaysia.
    • Kenapa? Mengapa dan sebab anda buat blog. 
    • Sila sertakan gambar trafik anda untuk seminggu. Tak kisahlah samada nak guna print screen graf traffik Nuffnang ataupun Stast kat blogger. Mana² boleh .. janji ada gambar trafik.
  4. Follow blog ini .. Kalau saya update apa² tips terkini .. anda boleh alert.
  5. Follow Facebook .. Selalunya malam² ..saya ON Facebook. Jadi kalau anda ON masa tu .. boleh la tanya. Insya Allah kalau saya tahu .. saya akan bantu.
* Item 4 dan 5  .. kalau tak nak follow pun tak apa. Saya tak kisah!

Ramai yang bertanya macam mana saya boleh capai target dan follower yang ramai dalam masa beberapa bulan sahaja. Jadi kat sini saya open list .. kalau nak tahu .. join segmen nie. Nanti saya akan melawat blog anda dan buat analisis. Lepas tu saya akan bagi cadangan berdasarkan idola yang anda pilih ..

Anastasyea :  Terbuka untuk semua!!! .. Kalau join tu .. nanti jangan lupa tinggalkan link entry anda pada ruang komen k!.

15 comments :

  1. yay,, die dah buat segmen,,
    nak join la,,
    tapi tunggu sikit mase lagi..

    ReplyDelete
  2. ika nk j0in!x lame lg ika j0in eh..insyaALLAH..

    ReplyDelete
  3. macam menarik sbb ada yg tolong nk menilai blog kite... ok.. insyaAllah hujung minggu ni saya buat.. :)

    ReplyDelete
  4. yeay...kak anatasya sye dah buat dah....best2!!http://cafealimutulali.blogspot.com/2010/12/mencari-kepastianterbace-blog-inikini.html

    nie link nye...
    kalo sudi sila larh follow....huhu!!

    ReplyDelete
  5. nak amek..

    http://fariqscorpio.blogspot.com/2010/12/segmen-azam-2011-dalam-dunia-blogging.html

    ReplyDelete
  6. kalau saya dari Indonesia mau ikutan boleh tak?

    ReplyDelete
  7. insyaAllah nnti saya join..menarik idea ni^^

    ReplyDelete
  8. insyaAllah nnti saya join..menarik idea ni^^

    ReplyDelete
  9. join yer...
    http://terataitasikmadu.blogspot.com/2010/12/salam.html

    ReplyDelete
  10. http://sectionsubzero.blogspot.com/2010/12/analisis-by-somebody.html

    nak join gak...

    ReplyDelete