Kalau anda nak tahu .. GumGum ini adalah syarikat pengiklanan yang lebih kurang sama macam Google Adsense, cuma iklan tu hanya akan keluar dekat gambar di dalam blog anda. Masa saya mula² jumpa website nie. Rasa seronok jugak. Sekurang²nya gambar yang ada kat dalam blog ini tak la terpampang macam tu je. Jadi dengan adanya GumGum ini, sedikit sebanyak boleh jugak memberikan hasil pulangan.
Jadi selepas study dan test selama seminggu .. inilah hasilnya. Memang agak mengecewakan. Purata .. sehari dari trafik + klik hanya boleh dapat dalam $0.03 USD je. Memang kedekut betul GumGum nie. Kalau dapat $0.20 ke? Berbaloi la jugak. Nak cash out duit kat sini .. kena cukup $50 USD baru boleh. Kalau macam tu .. bila masa nak cukup 50 USD nie. Kalau setahun pun .. 365 hari x $0.03 USD baru dapat $10.95 USD. Nak kena tunggu lagi 4 tahun baru boleh. Huhhh .. tak sanggup den nak tunggu!
ANaSTaSyeA : Sayonara GumGum!
