(Gambar) Bas Jatuh Gaung, Empat Kakitangan Penjara Tawau Terbunuh

Pagi tadi .. dalam pukul 10.10 pagi. Kenderaan yang dinaiki oleh 25 kakitangan Penjara Tawau termasuk dua kanak-anak, terbabas dan terhumban ke dalam gaung sedalam 100 meter dari tempat kejadian. Kemalangan tersebut berlaku di Kilometer 35 Jalan Kota Kinabalu - Keningau berdekatan dengan Kampung Moyog, Penampang, Sabah.

kemalangan bas kakitangan jabatan penjara tawau
Anggota pasukan keselamatan menjalankan kerja-kerja menyelamat. (gambar dikemaskini)

Mengikut senarai yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, empat kakitangan jabatan tersebut terbunuh, tujuh penumpang cedera parah dan bakinya hanya mengalami cedera ringan. Mayat dan penumpang yang cedera, kemudiannya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Mereka yang terbunuh adalah;

1. Madinh Alhmdullah, 37
2. Selamat Idris, 31
3. Muslimin Muhammad, 31
4. Sabirin Murad, 28

Bas tersebut yang dalam perjalanan dari Keningau ke Kota Kinabalu selepas menyertai kejohanan bolasepak Piala Pengarah Penjara Sabah di Keningau semalam.

Anastasyea : Al-fatihah dan Salam Takziah kepada keluarga mangsa.

19 comments :

  1. ALLAH..ALLAH...
    tinggal kerusi bus je..hmm

    ReplyDelete
  2. takziah utk keluarga mangsa.
    Al Fatihah

    ReplyDelete
  3. psst2.. correction -> kota kinabalu.. huhu.. may their soul rest in peace.

    ReplyDelete
  4. ada lagi ya...Salam Takziah buat mangsa yang terlibat dan juga Al-fatihah buat arwah...

    Melawat Mangsa Kebakaran Pelantar

    ReplyDelete
  5. semoga roh mereka dicucuri rahmat...

    ReplyDelete
  6. innalillah wa inna ilaihi rajiun..
    f0bia2..

    ReplyDelete
  7. Bila ajal telah tiba.. tiada yang dapat menghalangnya.. semoga mereka bersemadi dengan aman... takziah dan Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  8. sungguh mengerikan. Kepada yang meniggal semoga roh mereka dicucuri rahmat dan kepada yang cedera semoga cepat sembuh seperti sediakala


    p/s: sy ada tag awk, kalo free sila lah jwb ye :)

    ReplyDelete
  9. ya so sad kan.. this place is not far from my kampung.. no wonder tadi pagi byk ambulance and bomba. That place mmg bahaya huhu

    ReplyDelete
  10. terlalu merbahaya jalan2 tuh dengan gaung di sepanjang laluan tapi kalau sudah takdir ya di mana2 saja pon terjadi..

    salam takziah untuk keluarga mangsa
    Al-Fatihah...

    ReplyDelete
  11. uikssss takut tgk gambar tu..huhu

    saya dah folow awak..jemput folow kita ugek ye..kita folower awak ke 3412

    ReplyDelete
  12. takziah utk kuarge mangse...
    da ajalkn....

    ReplyDelete
  13. tempatkan mereka di tempat yang diredhai allah~~

    amin..

    ReplyDelete
  14. Taqziah untuk keluarga yang terlibat..kuatkan semangat..kesabaran yang tinggi dan terima takdir Allah dengan redha..Al Fatihah...

    ReplyDelete