Tips SEO – Backlink pencentus keupayaan SEO

Sejauh mana backlink mampu mempengaruhi keupayaan sesuatu laman. Adakah dengan hanya membuat backlink semata² didalam sesuatu laman .. mampu menjana pulangan trafik yang tinggi. Persoalannya .. berapa banyakkah backlink yang harus dibuat. Adakah 10 ribu .. 100 ribu ataupun lebih lagi.

Free SEO Backlink
Tips SEO untuk blogger!

Dari apa yang kita baca diblog kak kujie dan denaihati .. mereka menyatakan, SEO bukan datang dari pencarian keyword semata² .. tetapi juga dari backlink laman yang mempunyai PR yang lebih tinggi. Emm ... macam mana tu. Tak kan bila nak buat backlink je .. kena cari laman yang mempunyai PR yang tinggi. Tak laku ke laman yang mempunyai PR yang rendah. Lagi satu .. kalau semua pakat serbu laman yang mempunyai PR yang tinggi .. pasti akan menyebabkan PR laman tu akan terus meningkat. Dan seterusnya akan menjana trafik yang tinggi. Jadi bila masa pulak laman yang mempunyai PR rendah akan meningkat. (tergaru² kepala)

Free SEO Backlink

Tapi bila difikirkan balik .. rasanya betul jugak kenyataan tersebut. Dari apa yang saya faham (kalau salah tu .. betulkan ye) .. apabila robot google mengindeks blog dalam proses menempatkan laman tersebut dalam SERP (search engine results pages) .. selalunya ianya akan lebih mengutamakan laman yang mempunyai PR yang lebih tinggi. Ini kerana .. laman yang mempunyai PR yang lebih tinggi .. merupakan laman yang lebih dipercayai dan lebih popular. Ini berbeza dengan penggunaan keyword density melainkan pemilik laman tersebut berjaya memaksimumkan keyword density yang ada secara keseluruhannya. Sebab itu kadang² anda akan perasan walaupun mempunyai PR 0, sesetengah laman tersebut mampu berada pada kedudukan teratas dalam senarai engine carian .

Free SEO Backlink

Jadi semasa proses tersebut berlaku .. robot google pastinya akan turut mengindeks setiap backlink yang ada dan seterusnya akan menyebabkan sedikit sebanyak peningkatan aliran trafik ke laman anda. Itu baru dilihat melalui satu aliran sahaja. Cuba bayangkan sekiranya anda mempunyai beratus ribu backlink dari laman² yang mempunyai PR yang tinggi. Mesti ianya akan mempengaruhi peningkatan trafik ke laman anda.

Free SEO Backlink

Namun begitu .. bukan semua yang anda fikirkan, akan berjalan dengan lancar. Ini kerana aliran trafik yang datang dari backlink bukannya datang setiap hari. Ada kalanya sekali atau berkali² ataupun tiada langsung pada hari tersebut. Apa yang anda harus lakukan anda lakukan ... hanyalah perlu berserah dan menanti dengan penuh kesabaran sebab anda tidak boleh menjangka bila, bagaimana, dan dari mana trafik tersebut akan muncul.

Wahhh .. panjang betul apa yang kita bebelkan ni. Tak pastilah anda semua faham ke tidak apa yang saya terangkan ini? Kalau tak faham .. saya buat kesimpulan@kiasan je lah. Anggap sahaja laman yang mempunyai PR yang tinggi tu sebagai sungai yang besar. Apa yang perlu anda buatkan sekarang adalah saluran perparitan (backlink) ke kolam yang anda bina (laman). Jadi bila semuanya dah siap .. bila berlakunya tsunami (robot google membuat carian).. air sungai tersebut pastinya akan melimpah dan seterusnya akan mengalir memasuki aliran yang telah disediakan tadi. Nahhh .. kan dah penuh air didalam kolam tu. Itu baru satu saliran dari satu sungai. Cuba anda bayangkan .. sekiranya membina banyak saliran dari beribu² sungai besar .. pastinya kolam anda akan sentiasa penuh dengan air sungai setiap masa.

Anastasyea : Jangan penuh dengan lumpur dan sisa kotoran (spam) .. dah la

18 comments :

  1. salam..tima kasih atas info yang dikongsi

    ReplyDelete
  2. kita story ikut apa yg kita faham je .. =)

    ReplyDelete
  3. wahh ilmu yang bagus ni... terima kasih yer.. :P

    ReplyDelete
  4. terima kasih berkongsi cerita :) sama2 kita belajar dan terus belajar..
    hehe..
    jmput singgah baca entry baru

    Jom usha entry terbaru kat sini E J U M

    ReplyDelete
  5. takut lak perumpaaan dengan tsunami tu..hehehe

    ReplyDelete
  6. mulanya nak letak air pasang je .. tapi kan dah tiap-tiap hari air pasang .. so nampak normal sangat. Kalau letak tsunami tu nampak gempaq sikit .. kalau trafik yg masuk sama mcm tsunami .. wah .. pasti senyum sampai ke telinga.

    ReplyDelete
  7. saya nak blacklink dari anastasyea leh x :P ekeke..

    thanks atas perkongsian :)


    New Entry ProfHariz
    Awas! Kepada Pengguna Facebook.. Must Read!

    ReplyDelete
  8. sy tak mengkritik.. cuma mo say tq dah sharing pengetahuan... :)
    ternyata tak selamanya membebel itu tak best kan..xixi
    salam

    ReplyDelete
  9. nak letak backlink kat site mana aa yg best? :p

    ReplyDelete
  10. wah hebatnya dia..

    sy xreti pun semua2 ni...

    ReplyDelete
  11. suka cerita tentang sungai ...hidup kita pun seperti aliran sungai..tetap mengalir...dlm perjalanan kita akan jumpa berbagai

    ReplyDelete
  12. @Kujie sungai yang bersih .. nyaman dan menyegarkan =)

    ReplyDelete
  13. Good INFO....tq kerana sudi berkongsi.

    ReplyDelete
  14. owh, dah faham. Thanks! Seronok belajar SEO ni..apa-apapun, artikel ni memang best.

    ReplyDelete
  15. info yang berguna... isi yang bagus dengan contoh yang mudah difahami.. sistem peparitan & saliran air...macam belajar teori dalam kelas..hihi...

    ReplyDelete
  16. Waaah bermanfaat

    Can we exchange LInKKK??????
    :)

    ReplyDelete
  17. terima kasih atas perkongsian yg berguna nie ^^

    ReplyDelete