5 Perkara Hebat Yang Membawa Pembaca ke Blog Anda!

Dalam memastikan websites atau blog anda sentiasa dikunjungi pembaca, perkara utama yang harus dititik beratkan adalah sentiasa mengemaskini/update blog anda. Tanpa post terkini, blog ada pasti kelihatan suram. Macam pokok yang kurang sinaran matahari, baja dan air ... Hehehehe.. pasal siram pokok nie, selalu kita bebel kat cik abg kita. Suka tanam tapi malas nak siram... so apa lagi, layu la pokok tu. So, macam tu la jugak dengan blog. Kalau tak ada suntikan baru... pembaca pun malas nak masuk baca. Betul tak?


Tips tarik trafik blog


Tajuk Post Blog
Sebelum anda publish, sila buat dulu lima atau enam tajuk berkenaan post anda... lepas tu tanya kat kawan-kawan yang mana yang menarik perhatian mereka untuk membaca. Penggunaan keywords yang menarik adalah faktor utama pembaca hendak membaca. So, sebelum apa-apa tu, target dulu pembaca untuk masuk ke blog nie... nak baca atau tak tu terpulanglah kepada pembaca itu sendiri.

Kandungan Bahan
Dalam menghasikan sesebuah post yang menarik, sila pastikan kandungan post yang anda tulis tu tak lah terlampau panjang. Bukan apa, kalau terlampau panjang nanti, bosan pulak pembaca. Cuba targetkan dalam 150 perkataan ke 300 perkataan sahaja. Selain tu, cuba selitkan dengan gambar untuk kelihatan lebih menarik.

Perkataan yang menarik
Cuba anggap anda adalah orang asing dan ingin mencari blog anda melalui search engine... rasanya keywords apa yang akan mereka taip. Tak terhingga bukan! Ok, tak apa.. cuba abaikan kesemua tu dulu dan target berberapa sahaja yang selalu orang cari contohnya pakaian, alat mekap, artis dan lain-lain lagi. Dah dapat tu cuba check kat keyword suggestion tool untuk membantu. Klik kat Global Monthly Searches (sort mengikut jumlah carian)... keyword mana yang selalu dicari. Kalau dah dapat tu cuba buat post berdasarkan perkataan tersebut berulang-ulang. Lagi banyak perkataan tersebut digunakan dalam blog, maka lagi mudah blog anda tersenarai dalam list carian search engine.

Jangan biarkan link post lama anda usang
Kalau post yang anda buat tu ada kaitan dari segi perkataan atau secara langsung dengan post anda sebelum nie, jangan biarkan ianya kosong sahaja. Cuba linkkan antara post tersebut. Dua faedah yang para blogger boleh dapat disini, pertama post terbaru anda (1 view), kedua, menarik minta pembaca untuk membaca link tersebut juga (1 view). So, kalau kedua-dua link dibaca, anda akan mendapay 2 view dalam masa yang sama. Secara tidak langsung, ianya akan dapat meningkatkan more traffic ke blog anda.

Kaitkan dengan maklumat yang berkaitan
Sekiranya anda mempunyai blog/website yang menjurus kepada sesuatu produk contonhya berkenaan teknologi. Cuba kaitan secara khusus berkenaan setiap topik tersebut. Contohnya berkenaan Nintendo 3DS yang sekarang nie menjadi salah satu dari hot topics Alexa. Cuba huraikan berkenaan produk tersebut sementara ianya masih menjadi perbualan orang ramai.


- Kena la pandai pikat hati pembaca .. ^__^


12 comments :